TPM tidak tolak cadangan kerajaan campuran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

TPM tidak tolak cadangan kerajaan campuran

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak menolak cadangan untuk mengadakan kerajaan campuran dengan Kerajaan Kelantan di peringkat negeri bagi memastikan usaha baik pulih negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir dapat dilakukan sepenuhnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun buat masa ini kedua-dua kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan mangsa banjir dan membaik pulih Kelantan dan negeri lain yang terjejas.

“Tak apalah...kalau nak ada pun boleh. Kalau tak sampai ke peringkat itu...di peringkat sekarang ini kita tahu menjadi tanggungjawab kedua-kedua kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Bukan saja di Kelantan tapi negeri-negeri lain juga,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang lebih penting ketika ini ialah memastikan nasib rakyat Kelantan yang terjejas banjir terbela.

“Siapa yang bertanggungjawab untuk bantu, Perdana Menteri dah umumkan sebahagian peruntukan. Kalau tak cukup kita akan dapatkan sumbangan yang lebih supaya masalah utama dapat diselesaikan.

“Saya fikir tak semua harus dibebankan kepada Kerajaan Persekutuan, tapi dalam kes Kerajaan Kelantan kita tahu mereka tiada kemampuan. Bukan pasal politik tapi mereka tak ada sumber kewangan.

Menurutnya, kerajaan akan terus mengambil inisiatif membantu meringankan beban mangsa.

“Contohnya Kelantan adalah negeri paling teruk dilanda banjir. Pastinya kita kena buat penilaian yang agak rapi selepas ini...apabila mereka sudah pulang apa yang perlu kita lakukan.

“Pertama, yang penting sekali mangsa banjir boleh balik rumah dan mulakan kehidupan seperti biasa. Kita akan gerakkan sukarelawan untuk bantu dan ini merentasi batas politik dan kaum supaya semua dapat turun bantu,” katanya.

0 Komentar untuk " TPM tidak tolak cadangan kerajaan campuran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ