Konvokesyen Insaniah ditangguh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Konvokesyen Insaniah ditangguh

KUALA KETIL - Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (Kuin) ke-16 yang dijadual pada 10 dan 11 Januari akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Rektornya, Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, penangguhan itu dibuat berikutan ramai daripada graduannya berasal daripada pantai timur terjejas dengan banjir.

"Kolej Universiti Insaniah prihatin dengan musibah yang melanda negeri-negeri di pantai timur dan memutuskan untuk menunda majlis konvokesyen bagi memberi ruang kepada graduan dan keluarga mereka yang terjejas banjir.

"Kira-kira satu pertiga, iaitu 350 graduan daripada keseluruhan 1,200 graduan yang terlibat dalam istiadat kali ini, terjejas dengan banjir dan ini
satu jumlah yang besar," katanya pada sidang media di kampus induk Kuin di sini hari ini.

Beliau berkata penangguhan tarikh konvokesyen itu sudah dimaklumkan menerusi laman web rasmi Kuin dan surat akan turut dihantar kepada  keluarga graduan untuk memaklumkan mengenai perkara itu. - Bernama

0 Komentar untuk " Konvokesyen Insaniah ditangguh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ