Platform ubah teknik pemasaran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Platform ubah teknik pemasaran

SME Cloud menjangkakan lebih ramai pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat dalam pelbagai sektor mampu menembusi pasaran mudah alih kepada 15 peratus dalam tiga tahun akan datang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Firdaus Ismail berkata, menerusi platform pemasaran mudah alih yang diperkenalkan SME Cloud,  ia membolehkan PKS menggunakan alat pemasaran atas talian yang disediakan.

PKS yang menyertai pemasaran mudah alih bersama SME Cloud akan mendapat bantuan secara terus.

“Kami menyediakan geran bernilai RM750 setahun dan mereka boleh mendapat pemasaran menerusi atas talian. Mereka yang terbabit boleh menjadikan alat pemasaran ini sebagai platform  mengembangkan perniagaan.

“Kami mengalu-alukan PKS daripada pelbagai segmen termasuk perkhidmatan untuk menambah baik perniagaan melalui program ini dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MdeC),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SME Cloud, Ikram Adi Ahmad Tajuddin berkata, penerimaan pasaran mudah alih di negara ini masih baharu dan kebanyakan ahli perniagaan lebih selesa menggunakan cara lama iaitu iklan di media cetak dan elektronik, laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Keistimewaan pasaran mudah alih ialah usahawan boleh menjadikannya sebagai platform untuk mengetahui prospek iaitu pelanggan mereka sendiri dan mereka boleh mengawalnya.

“Berbanding di Facebook atau Instagram, pengumpulan prospek tidak boleh dikawal.

"Mereka tidak tahu siapa yang ‘like’ pada setiap promosi yang dilakukan menerusi kedua-dua laman sosial itu,” katanya.

Tambahnya, melalui penggunaan pasaran aplikasi mudah alih, usahawan akan dapat mengenal pasti taburan prospek atau pelanggannya kerana ia akan mempamerkan lokasi melalui ‘signal’ yang dihantar oleh telefon mudah alih sama ada menerusi Apple atau Android.

“Selain itu, penggunaan pasaran aplikasi mudah alih membolehkan usahawan dan pelanggannya meningkatkan komunikasi dan berhubung dari semasa ke semasa dengan lebih santai.

"Dengan pasaran mudah alih, usahawan dapat mengenal pasti maklumat pelanggannya dan membantu membuat pemasaran yang lebih efektif,” katanya.

0 Komentar untuk " Platform ubah teknik pemasaran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ