Jangka lebih ramai penyertaan usahawan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jangka lebih ramai penyertaan usahawan

SME Cloud menjangkakan penyertaan sebanyak 5,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat besar dan agensi kerajaan  menggunakan pasaran aplikasi mudah alih menjelang akhir tahun depan.

Pengasasnya, Firdaus Ismail berkata, setakat ini lebih 500 syarikat PKS, kementerian dan agensi kerajaan menggunakan pasaran aplikasi mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 2013.

“SME Cloud yakin penyertaan akan bertambah dan ia dipacu oleh kemudahan infrastruktur yang bertambah baik serta  rakan strategik kami seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasioanal (Tekun), SME Bank, SME Corp dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama komitmen daripada syarikat yang menyertai pasaran mudah alih ini juga perlu bagi memastikan kandungan dalam aplikasi itu menepati kehendak pelanggan dan eksklusif serta perlu kerap ‘follow up’ pelanggan.

“Mereka perlu mengetahui ‘Search Engine Optimization’ (SEO) mengenai perniagaan mereka.

"Persembahan yang baik akan dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut Firdaus berkata, melalui aplikasi pemasaran mudah alih, para usahawan akan menggunakan jenama mereka sendiri.

Sementara itu, Firdaus berkata, pemasaran mudah alih banyak dipelopori oleh usahawan dari Lembah Klang iaitu 80 peratus,  diikuti 20 peratus yang melibatkan negeri- negeri di Pantai Timur, Utara, Selatan Semenanjung Malaysia.

"Kita akan fokus kepada Lembah Klang.

"PKS perlu merebut peluang untuk memasarkan produk mereka dalam pemasaran online seperti penggunaan website, blog, Facebook dan Instagram," katanya.

Dalam pada itu Firdaus menegaskan, pemasaran mudah alih perlu segera diterokai usahawan PKS.

"Ini kerana kos pengiklanan 'mobile apps' tujuh kali murah daripada pengiklanan biasa," katanya.

0 Komentar untuk " Jangka lebih ramai penyertaan usahawan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ