Ledakan gelombang 'pemasaran mobile' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ledakan gelombang 'pemasaran mobile'

KETUA Pegawai Eksekutif MindaTrafik.com dan Pakar Pemasaran Digital Bertauliah, Shakirah Abdul Karim berkata, usahawan perlu bijak mengkaji dan mengenali pelanggan serta potensinya kerana pemasaran mobile kini penting.

Menurutnya, pemasaran mobile merupakan kaedah alternatif memasarkan produk secara lebih kos-efektif, melalui beberapa teknik, seperti “Mobile Site”, “Mobile-Friendly Website” atau “Responsive website”, Aplikasi Mobile, sistem SMS dan WhatsApp, carian mobile (mobile SEO), pengiklanan mobile, QR Code dan pelbagai.

Shakirah berkata, bilangan perniagaan ambil serius potensi mendapat pelanggan melalui teknologi pemasaran mobile sangat rendah.

“Kurang dari 10 peratus perniagaan di Malaysia ambil peluang, untuk pasarkan produk melalui telefon pintar,” katanya.

Tambahnya, memulakan pemasaran mobile amat mudah dengan memiliki laman web mesra-mobile atau “responsive website”.

“Saya kerap tekan kriteria penting ini dalam kursus asas pemasaran online kami, kepada perniagaan dan agensi kerajaan. Percaya atau tidak, usahawan boleh memiliki elemen laman web mesra-mobile ini dengan kos di bawah RM300 sahaja dengan memilih platform laman web mesra-mobile.

“Antara platform kami cadang adalah guna Wordpress. Kos jauh lebih rendah berbanding pulangan bakal diperolehi.Kebanyakan peniaga masih aggap pelanggan mereka guna laman web untuk dapat maklumat. Berdasarkan analisa trafik saya kendalikan di Malaysia, majoriti laman web perniagaan menunjukkan bilangan lebih dari 60 peratus pelawat akses ke laman web melalui telefon pintar dan tablet, manakala kurang dari 40 peratus pelawat akses dari desktop komputer.

“Ini lebih kuat menyokong mengapa amat penting untuk laman web perniagaan berada dalam keadaan mesra-mobile. Ia juga akan memudahkan pelanggan mereka melakukan transaksi jual beli atau mencari maklumat,” katanya.

Selain laman web mesra-mobile, aplikasi mobile memberikan kelebihan kepada usahawan kerana apabila pelanggan memuat turun aplikasi, logo atau slogan syarikat terpampang pada skrin telefon pintar pelanggan.

Shakirah berkata, melalui strategi pemasaran aplikasi mobile, pelanggan boleh mengakses produk dan perkhidmatan tidak kira masa dan tempat.

“Ia membantu peningkatan jualan apabila aplikasi mobile ini jadi ‘viral’. Seterusnya lebih efektif apabila disepadukan dengan laman web dan blog mesra-mobile, strategi carian Google mobile, Facebook, Instagram, iklan di majalah dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, kegagalan usahawan menggunakan teknologi terkini dan bersesuaian dengan pemasaran mobile di negara ini menyebabkan mereka bakal menanggung kehilangan potensi pelanggan baharu yang besar.

'“Lebih penting untuk usahawan tahu ialah setiap laman web dan aplikasi mobile mereka perlu dilengkapkan aplikasi percuma Google Analytics, yang membolehkan mereka mengukur prestasi dan pulangan bagi pelaburan setiap aktiviti pemasaran.

Tambahnya, usahawan juga dapat menganalisa bilangan pembeli secara terus dari telefon pintar berbanding yang membeli dari desktop.

“Kesedaran di kalangan usahawan untuk berubah ke arah pemasaran mobile masih rendah kerana mereka memikirkan kos, kesusahan untuk menguruskannya dan sebagainya.

“Kebanyakan usahawan masih belum bersedia. Usahawan perlu mengambil kesempatan ledakan telefon pintar di Malaysia dengan menjalankan kempen pemasaran melalui telefon pintar. Mulakan dengan semudah membina laman web mesra-mobile,” akhirinya.

0 Komentar untuk " Ledakan gelombang 'pemasaran mobile' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ