Cara 'mobile apps' masih belum popular - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Cara 'mobile apps' masih belum popular

PEMASARAN melalui 'mobile apps' merupakan strategi terkini dan berkesan dalam pemasaran atas talian (online) di negara kita dan pada 2014 pemasaran mobile sudah diimplementasikan syarikat- syarikat besar.

Usahawan internet,  Wan Zaki Wan Taib berkata, dalam pemasaran internet, teknik mobile apps masih belum popular di kalangan peniaga baharu yang sangat bergantung kepada platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Menurutnya, seorang peniaga harus bijak mengatur strategi pemasaran dan 'mobile apps' sudah pastinya akan membantu meningkatkan jualan dengan adanya fungsi 'push notes'.

"Ia lebih mudah dan cepat untuk seseorang pelanggan itu mengetahui promosi terkini dan sebanyak maklumat yang mereka mahukan melalui telefon mereka.

"Ia membantu meningkatkan jualan dari 20 peratus hingga 30 peratus. Dalam masa setahun atau tiga tahun akan datang, trend ini  akan menjadi lebih popular di kalangan pelanggan," katanya.

Wan Zaki yang juga Pengasas dan Pengarah Eksekutif Jelitasara Corporate Sdn Bhd, (JelitaSARA) berkata, pelaburan untuk pengiklanan di 'mobile apps' sudah semestinya mudah berbanding kaedah konvensional iaitu lebih murah dan pengurangan kos antara 50 peratus dan lebih.

"Peratus penggunaan 'mobile apps' di Malaysia masih rendah tidak melebihi 10 peratus. Berapa banyak jenama yang mempunyai 'mobile apps' sendiri? Saya boleh katakan ramai yang sudah mempunyai kedai online sendiri iaitu melalui website tetapi tidak mempunyai 'mobile apps' sendiri.

"Pemasaran melalui 'mobile  apps' mampu mengembangkan perniagaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Usahawan PKS perlu mengambil kira teknik pemasaran ini kerana ia lebih murah dan lebih praktikal serta 'trending'," katanya.

Tambahnya, pelanggan zaman sekarang dengan aplikasi mudah alih adalah satu keperluan. Dengan kemajuan yang akan berkembang dengan penyediaan kemudahan internet oleh kerajaan, pastinya teknik ini akan menjadi pilihan ramai.

"Pemasaran yang lebih efektif buat masa sekarang adalah dengan menggunakan platform media sosial. Akan muncul lebih banyak platform media sosial dalam masa lima tahun dari sekarang.

"Teknik konvensional tetap menjadi antara yang efektif tetapi perbelanjaan sangat besar. Selagi ada talian internet di Malaysia, saya percaya, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk peniaga baharu menceburi bidang perniagaan kerana kos efektif dan 'startup' yang sangat rendah," katanya.

0 Komentar untuk " Cara 'mobile apps' masih belum popular "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ