Masih ada peniaga PKS takut guna 'mobile apps' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Masih ada peniaga PKS takut guna 'mobile apps'

APLIKASI mudah alih digunakan dalam pelbagai platform daripada aplikasi permainan hingga jual beli.

Pengarah Eksekutif SME Cloud, Ikram Adi Ahmad Tajuddin berkata, kebanyakan aplikasi sekarang,lebih banyak digunakan syarikat besar seperti Lazada, Groupon dan Zalora.

"Dengan penggunaan aplikasi ini, usahawan boleh buat sasaran pelanggannya sendiri dan usahawan tahu setiap yang muat turun adalah pelanggan tetapnya serta tersedia untuk pengguna Android dan Apple memandangkan 95 peratus komunikasi terdiri daripada dua sistem operasi berkenaan.

"Apa dapat dilihat sekarang, usahawan lebih banyak jual produk di Facebook, mereka tidak mempunyai sasaran pelanggan," katanya ketika ditemui di Teknologi Park Malaysia (TPM), baru-baru ini.

Peneraju Bumiputera dalam industri aplikasi mudah alih itu tidak menafikan penerimaan aplikasi mudah alih dalam perniagaan masih baharu di negara ini.

Menurutnya, kalau ikut trend, perniagaan online sudah lama tetapi hanya 20 peratus yang ada laman sesawang dan memang susah untuk mencapai angka yang lebih besar.

Mengulas berhubung kesedaran PKS terhadap online, ia adalah tinggi tetapi hanya 30 peratus daripada 660,000 PKS yang ambil tindakan untuk membuat laman sesawang.

Setakat ini, hanya 10,000 PKS  yang telah didedahkan tentang aplikasi mudah alih menerusi rakan strategik.

"Daripada jumlah itu, hanya lebih 500 bersamaan satu peratus yang membuat aplikasi mudah alih dan selebihnya mengambil langkah tunggu dan lihat.

"Ada juga segelintir yang berasa takut dan merasakan benda ini terlalu canggih. Tetapi mereka tidak tahu bahawa ia boleh memberi peluang untuk mendapatkan duit," katanya.

Ikram Adi berkata, kekangan itu menyebabkan kurang penglibatan dalam penggunaan aplikasi mudah alih.

Menurutnya, mereka tidak melihat peluang yang besar boleh dimanfaatkan dalam usaha mempelbagaikan rangkaian dan membesarkan perniagaan.

0 Komentar untuk " Masih ada peniaga PKS takut guna 'mobile apps' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ