Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM

Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak tidak menaiki jet rasmi kerajaan untuk pulang dari Hawaii, di mana beliau dan Presiden Barack Obama bermain golf dan aktiviti lain, kerana masalah teknikal. – Gambar fail, 5 Januari, 2015.
Jet rasmi kerajaan yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii tidak digunakan seterusnya untuk tujuan peribadi, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, PMO berkata Najib tidak menggunakan jet rasmi itu pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu disebabkan “masalah teknikal”.

“Perdana menteri menaiki pesawat komersial melalui Hong Kong di mana seterusnya beliau dijemput Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus ke Kota Baru,” kata PMO kepada Kadir yang disiarkan di blognya hari ini.

“Langkah ini diambil ekoran jet yang digunakan perdana menteri dan keluarganya ke Amerika Syarikat berdepan masalah teknikal.
“Jet itu tidak ditinggalkan untuk kegunaan ahli keluarga perdana menteri. Ia juga tidak berada di Indianapolis.”

Bagaimanapun, laman penjejak pesawat Flight Radar 24 menunjukkan pesawat rasmi itu dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Indianapolis dari Los Angeles pada 6.52 pagi waktu Malaysia pada 26 Disember.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada 1.40 petang waktu Malaysia dari Honolulu, Hawaii yang merupakan destinasi percutian Najib.

Najib sepatutnya menggunakan pesawat kerajaan, Airbus A319 itu untuk kembali ke Malaysia dua minggu lalu tetapi sebaliknya menggunakan pesawat TUDM.

Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

Jet 9M-NAA  itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.

Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia dilanda banjir. – 5 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jet-kerajaan-tidak-diguna-keluarga-najib-kata-pejabat-pm#sthash.ecPA0WpC.dpuf
0 Komentar untuk " Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ