Zam: PM perlu jelaskan ‘kehilangan pesawat’ rasmi kerajaan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Zam: PM perlu jelaskan ‘kehilangan pesawat’ rasmi kerajaan

Berita Zainuddin Maidin turut menggesa Datuk Seri Najib untuk memberi penjelasan demi membersihkan nama.

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung ‘kehilangan’ pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA yang digunakan ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii baru-baru ini.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, persoalan timbul apabila Najib terpaksa menggunakan jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawanya pulang manakala pesawat rasmi kerajaan dikatakan telah terbang ke beberapa bandar di dunia yang terkenal sebagai ‘syurga beli-belah’.

“Selain itu timbul pula cerita pesawat rasmi ini dikatakan singgah di bandar-bandar yang dianggap sebagai syurga membeli belah di dunia. Adakah ini benar?

“Maka itu justifikasi juga harus diberikan kepada rakyat yang mempersoal di mana beradanya pesawat ini kerana hilang daripada pandangan sekian lama. Adakah telah pulang ke tanah air?

“Penjelasan segera dari Jabatan Perdana Menteri adalah amat diperlukan untuk membersihkan berbagai cerita buruk yang telah tersebar,” katanya dalam entri terbaru di blog zamkata.blogspot.com pada Ahad.

Mengulas lanjut pertemuan Najib dan Obama, Zainuddin tidak menolak kemungkinan ia agenda Amerika untuk menunjukkan Malaysia bukan lagi Asian Tiger (Harimau Asia) yang menjadi juara negara Dunia Ketiga sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Zainuddin, sukar untuk pemimpin Malaysia terutama di era Tun Dr Mahathir untuk menemui Presiden Amerika.

“Walaupun Washington menilai Mahathir sebagai seorang yang percaya kuat kepada kapitalisme dan demokrasi ala Malaysia (Yang lebih baik dari Singapura) tetapi sebagai Kuasa Besar Dunia, AS merasa amat terhina dengan kepintaran Mahathir dan suara beraninya yang menggambarkan  AS sebagai pemeras dan polis dunia yang ganas dan kejam di sebalik wajah kemanusiaannya.

“Gambar golf Najib Obama itu mungkin didedahkan oleh AS untuk menunjukkan kepada dunia, sekarang Malaysia tidak lagi Asian Tiger tetapi Harimau yang telah dapat dijinakkan menjadi Asian ***** Cat,” ujarnya.

sumber 

0 Komentar untuk " Zam: PM perlu jelaskan ‘kehilangan pesawat’ rasmi kerajaan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ