Arul dilantik bagi menangkis kritikan terhadap 1MDB, kata Rafizi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Arul dilantik bagi menangkis kritikan terhadap 1MDB, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli percaya pelantikan Arul Kanda Kandasamy sebagai ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad yang baharu adalah untuk menangis segala kritikan memandangkan beliau mempunyai kepakaran mengendalikan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Januari, 2015.

Pelantikan Arul Kanda Kandasamy yang berpengkalan di Abu Dhabi sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan PKR hari ini sebagai usaha menepis kritikan terhadap syarikat dana negara itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Arul terkenal dengan kepakaran mengendalikan pihak media, dan berkata pengurus bank berpengkalan di Abu Dhabi itu seorang aktif dalam pertandingan debat sejak zaman sekolah menengah.

Menurut Rafizi, beliau percaya Arul dibawa masuk supaya dapat menangkis kritikan umum terhadap 1MDB secara langsung.

"Terdapat banyak kritikan dilontarkan terhadap 1MDB yang tidak dapat dijawab pihak pengurusan, dan ini merupakan beban politik kepada kerajaan dan Najib," kata Rafizi merujuk Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak.
1MDB merupakan ilham Najib, yang juga mempengerusikan lembaga penasihat firma itu.

"Oleh itu, adalah munasabah membawa masuk Arul yang bukan sahaja seorang ahli bank pelaburan, tetapi juga yang faham secara mendalam pelaburan di Timur Tengah memandangkan banyak perniagaan dan usahasama 1MDB di rantau itu," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.

Menurut Rafizi, beliau mengenali Arul sejak zaman persekolahan mereka, di mana kedua mereka aktif dalam pertandingan debat.

Arul merupakan pelajar Maktab Tentera Diraja manakala Rafizi seorang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

"Beliau seorang pemidato yang cemerlang," kata Rafizi. – 5 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arul-dilantik-bagi-menangkis-kritikan-terhadap-1mdb-kata-rafizi#sthash.gkeC1YFl.dpuf
0 Komentar untuk " Arul dilantik bagi menangkis kritikan terhadap 1MDB, kata Rafizi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ