Azmin: 'Persekutuan...bukan BN' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Azmin: 'Persekutuan...bukan BN'

SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan kesediaan yang dimaksudkannya untuk menjalin kerjasama ialah dengan kerajaan Persekutuan bukan BN mahupun Umno.

Azmin menyeru satu wacana baharu diwujudkan antara kerajaan negeri yang diterajui PR dengan kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat.

“Saya minta supaya wujud satu kerjasama dan wacana baharu antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

“Saya tidak kata akan bekerjasama dengan BN mahupun Umno...diharapkan perkara ini diperbetulkan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kerajaan negeri Selangor dan anak-anak syarikat kepada mangsa banjir, di pekarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, banyak perkara boleh diselesaikan sekiranya kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri duduk berbincang terutamanya membabitkan soal ekonomi, pendidikan, keselamatan dan permasalahan rakyat.

“Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab kepada kerajaan-kerajaan negeri dari segi penyaluran peruntukan, bantuan pembangunan. Bukannya dibuat secara ad hoc seperti situasi yang berlaku sekarang.

“Mesej saya ialah berdasarkan perubahan cuaca global akhir-akhir ini ia memerlukan persiapan yang rapi dari aspek sistem perparitan, program tebatan banjir dan kemajuan pembangunan itu wajar didukung dengan infrastruktur yang cukup terancang dan tersusun,” katanya.

Justeru itu katanya, pembangunan infrastruktur di setiap negeri perlu dibangunkan bersama oleh kerajaan Persekutuan bukan Umno mahupun BN.

0 Komentar untuk " Azmin: 'Persekutuan...bukan BN' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ