Usahawan muda gemar produk perikanan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Usahawan muda gemar produk perikanan

MENURUT Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) golongan muda hari ini sudah mula meminati bidang perniagaan bagi sektor perikanan.

Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LKIM, Rashima Baharuddin berkata, golongan muda terdiri daripada usahawan perikanan dilihat meningkat berbanding tahun sebelum ini.

“Tetapi dari segi pekerjaan menangkap ikan kita masih kekurangan golongan muda dan masih dipelopori golongan berumur atau dipanggil orang lama, perkara ini bukan saja di Malaysia malah negara lain.

“Mungkin golongan muda kurang minat jadi nelayan kerana mereka perlu turun ke laut berbanding menjadi usahawan yang menjual produk berasaskan makanan laut,” katanya ketika ditemui di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro
Pelancongan Malaysia (Maha) dan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2014 baru-baru ini.

Ditanya mengenai langkah diambil LKIM dalam menggalakkan golongan muda terlibat sektor perikanan Rashima berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut membuka sekolah perikanan di Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis (PPLTM) di Sibu Sarawak.

“Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dipertanggungjawabkan menggalakkan golongan muda di Sarawak supaya dilatih jadi nelayan moden dan progresif.

“Daripada pihak LKIM sendiri kami sentiasa mewujudkan program bagi golongan muda seperti Pertubuhan Belia Nelayan bagi menarik mereka terlibat dalam program perikanan berbentuk kumpulan,” katanya.

Menurutnya,  LKIM turut bekerjasama dengan MOA menjalankan program MyAgrosis  bagi pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta.

0 Komentar untuk " Usahawan muda gemar produk perikanan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ