Petani dianggap sebagai pekerjaan miskin - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Petani dianggap sebagai pekerjaan miskin

KITA sering dimomokkan sama ada melalui drama mahupun filem yang mana kehidupan harian sebagai petani hanya diceburi oleh orang miskin di kampung dan tidak memberi pulangan pendapatan lumayan.

Demikian antara pandangan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak ketika ditemui di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) dan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2014 baru-baru ini.

Menurutnya, golongan muda hari ini tidak tahu bahawa industri pertanian mampu memberi pulangan lumayan jika memanfaatkan inovasi teknologi.

“Selain itu, kurangnya ilmu pengetahuan dalam pertanian juga faktor mengapa golongan muda tidak ramai dalam industri pertanian kerana ia mengehadkan kemahiran mereka.

“Golongan muda perlu berusaha mempelajari bidang pertanian, penternakan dan perikanan serta melengkapkan diri mereka sebelum menceburi bidang ini supaya mereka jadi petani berjaya,” katanya.

Oleh itu, bagi menggalakkan golongan muda melibatkan diri dalam pertanian, Fama menyediakan program bimbingan dan jaminan pemasaran dalam industri.

“Kami akan membimbing mereka dengan mengenal pasti pertanian yang berdaya maju dan berpotensi selain mengenal pasti pasaran yang terjamin untuk golongan muda.

“Misalnya di bawah program ladang kontrak kami menggalakkan golongan muda untuk menanam dan berkongsi apa yang ingin ditanam, bila dan di mana. Kami akan beri bimbingan,” katanya.

Menurut Ahmad apa yang penting bagi memperbanyakkan golongan muda dalam industri pertanian kita perlu mengikis persepsi pertanian tidak menjanjikan pulangan pendapatan lumayan itu.

“Hakikatnya zaman sekarang pertanian mampu menjadikan individu itu berjaya dan disegani jika kena caranya menguruskan apa yang diusahakan dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi,” katanya.

0 Komentar untuk " Petani dianggap sebagai pekerjaan miskin "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ