INDUSTRI pertanian mampu beri pendapatan lumayan jika tahu mengurus dan memanfaatkan teknologi.
Namun industri itu dikatakan kurang dapat perhatian golongan muda kerana mereka beranggapan bekerja sebagai petani, penternak mahupun nelayan suatu pekerjaan tidak standard berbanding makan gaji sebagai eksekutif mahupun pengurus.
Adakah relevan kita memikirkan situasi ini sebagai keadaan membimbangkan memandangkan petani muda diperlukan demi masa depan industri pertanian negara.
Tidak mahu beri tanggapan melulu, Sinar Harian mendapatkan pandangan agensi serta jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi mengenal pasti situasi sebenar, pada masa sama mendengar pandangan usahawan dan penternak muda.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berusaha mentransformasikan pertanian kepada pertanian baharu dalam usaha menarik minat golongan muda menyertainya.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap pertanian yang selama ini dianggap sebagai bidang kotor, remeh dan tidak menjamin masa depan.
“Kita mahu mengubah persepsi ini dengan menampilkan pertanian sebagai bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan dengan pengurusan lebih maju dan moden.
“Melalui fokus itu, diharapkan golongan muda ambil peluang disediakan dengan menggalas tanggungjawab memajukan industri pertanian pada masa depan. Kerajaan sememangnya mahukan golongan muda menceburi bidang ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2014, baru-baru ini.
Ismail Sabri berkata, menerusi MAHA 2014, kerajaan mempamerkan teknologi dan perkembangan terbaharu dalam bidang agro makanan, menjelaskan hala tuju serta menyediakan platform untuk perkembangan perniagaan dalam dan luar negara.
Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawahnya mewujudkan program Agropreneur Muda.
“Setiap agensi dan jabatan masing-masing diberi sasaran untuk mewujudkan 100 Agropreneur Muda setiap tahun.
“Saya dimaklumkan setakat ini, minat ditunjukkan anak-anak muda serta maklum balas yang diberikan mereka kepada program ini amat menggalakkan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan mengembangkan inisiatif itu dengan mewujudkan Unit Agropreneur Muda sebagai program sehenti untuk menyelaras semua program berkaitan keusahawanan tani dalam kalangan generasi muda.
“Untuk itu, petunjuk prestasi utama (KPI) bagi program ini ditetapkan untuk melahirkan sejumlah 1,000 orang Agropreneur Muda setiap tahun,” katanya.

0 Komentar untuk " Transformasi kepada pertanian baharu "