Burung puyuh beri hasil lumayan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Burung puyuh beri hasil lumayan

MULA dengan menjual kuih dan goreng pisang, Pengurus Operasi dan Pemasaran Azwan Agro Enterprise, Khairul Azwan Abdul Razak mengambil keputusan beralih menternak dan menjual burung puyuh pada 2010.

“Saya mula menternak 200 ekor burung puyuh di belakang rumah selepas tamat pelajaran di Institut Teknologi Unggas, Melaka di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

“Alhamdulillah sudah hampir empat tahun saya jadi usahawan menjual daging dan telur burung puyuh,” katanya ketika Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) dan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2014 baru-baru ini.

Azwan berkata menyedari pasaran daging burung puyuh sedikit perlahan dia juga menjual telur burung puyuh.

“Setiap hari permintaan telur burung puyuh sentiasa tinggi hingga mencecah 3,000 biji. Saya juga jual sangkar ternakan bertingkat dengan harga bagi 1 set RM1,000 ke atas dan mampu memuatkan 240 burung puyuh di dalamnya,” katanya.

Ujarnya, dia percaya ada golongan muda minat menceburi bidang itu  namun dikekang modal selain tiada tempat sesuai untuk penternakan.

“Misalnya syarat baru yang ditetapkan bagi menternak haiwan perlulah dua kilometer daripada penempatan dan ini terhad memandangkan ramai penternak hanya menternak haiwan di belakang rumah,” katanya memberi pandangan.

0 Komentar untuk " Burung puyuh beri hasil lumayan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ