MELIHAT potensi bidang pertanian membuatkan Jebat Putra Mohd menceburkan diri dalam perniagaan itu.
Jebat Putera, 28 yang juga Pengasas Jebat Industries berkata, disebabkan minat berniaga sejak kecil, dia memilih untuk mengikuti Program Inkubasi Usahawan Tani Universiti Putera Malaysia pada 2012.
“Dalam program ini, saya didedahkan dengan modul bioteknologi melibatkan kajian industri sawit iaitu biomass. Sebagai usahawan, saya perlu berfikir cara untuk mengkomersilkan produk hasil kajian ini. Di sini, saya nampak peluang besar untuk berniaga
baja yang diproses daripada hampas sawit dan menghasilkan baja berkualiti,” katanya ketika di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2014, baru-baru ini.
Selepas menamatkan program itu, Jebat Putra kemudian mengeluarkan baja daripada hampas sawit menerusi ‘Bunch Bio Fertilizer’ pada 2012 dan mula dipasarkan pada pameran Maha 2012.
“Pada Maha 2014, syarikat saya keluarkan produk baharu iaitu baja menggunakan tandan sawit yang dibakar dikenali sebagai ‘Bunch Biochar’,” katanya.
Menurutnya, baja syarikatnya mendapat sambutan daripada pelanggan sepanjang dia mengikuti ekspo seperti MAHA, Floria dan hari peladang.
Walaupun ada sesetengah golongan muda memandang bidang pertanian tidak menjanjikan pendapatan lumayan, namun bagi Jebat Putra, perniagaan tani boleh menjadi sumber pendapatan tinggi sekiranya diusahakan dengan baik.
“Kalau kita anggap perniagaan tani susah, maka susahlah ia. Sebab itu kita perlu fikir positif dan bijak bekerja.
“Saya tidak pernah rasa bidang pertanian ini mengotorkan tangan saya walaupun saya jual baja. Pemikiran negatif harus dibuang sekiranya ingin menceburi bidang pertanian dan menjadikannya sumber pendapatan,” katanya.

0 Komentar untuk " Potensi pertanian dorong minat berniaga "