Lenovo Vibe Z2 Pro pesaing Note 4? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lenovo Vibe Z2 Pro pesaing Note 4?

LENOVO memperkenalkan Lenovo Vibe Z2 Pro ketika IFA 2014 September lepas, dan kini dilihat telefon pintar terbaharu  mereka itu mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM2299.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Vibe Z2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 2K (2560×1440 pixel), cip Snapdragon 2.5Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, bateri berkapasiti 4000mAh, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan turut dilengkapi sokongan dwi-SIM dan rangkaian 4G LTE.

Secara kasar, ia boleh dikatakan pesaing untuk beberapa peranti utama lain di pasaran, termasuk Note 4 yang diperkenalkan baru-baru ini.

Telefon pintar ini turut hadir dengan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus daripada Lenovo.

0 Komentar untuk " Lenovo Vibe Z2 Pro pesaing Note 4? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ