Kisah benar: Tewas digoda kad kredit - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kisah benar: Tewas digoda kad kredit

APABILA Rosman (bukan nama sebenar) bersara daripada perkhidmatan pos pada 2005, dia mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Keluarganya tidak sabar menunggu hari tersebut kerana mereka ingin menghabiskan masa bersama-samanya.

Rosman mempunyai pelan persaraan yang agak selesa. Bebas daripada hutang dan mempunyai simpanan lebih daripada RM60, 000 dalam KWSP, Rosman berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah. Rosman merasakan bahawa sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, beliau mesti menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan menyediakan pendidikan yang lebih baik bagi mereka.

Kurang mahir, pesara dan cekal, Rosman tetap mencari penyelesaian untuk menambahkan wang simpanan melalui skim cepat kaya dalam bentuk pemasaran piramid. Pada mulanya ia kelihatan seperti pelaburan yanga akan menguntungkan. Rosman lebih tenang dan merasa yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan.

Dia mula berbelanja lebih di kedai-kedai mewah kerana ingin menukar gaya hidup keluarganya. Rosman meyakinkan dirinya bahawa selepas bertahun-tahun bekerja keras, dia layak untuk membelanjakan wang tersebut. Rosman juga merasakan keluarganya berhak untuk mengecapi kemewahan dan merasakan kegembiraan.

Namun begitu, seperti mangsa-mangsa skim cepat kaya yang lain, Rosman telah kehilangan semua wang miliknya apabila syarikat dia melaburkan duit itu hilang. Kesemua simpanan KWSP miliknya telah lesap bersama-sama syarikat terbabit dalam sekelip mata.

Kerugian di atas kehilangan wang itu menyebabkan Rosman cenderung menggunakan kad kredit untuk membayar bil-bil dan juga perbelanjaan keluarganya. Dia memilih untuk menggunakan kad kredit kerana tiada pilihan lain.

Tanpa pekerjaan tetap dan pendapatan yang tidak mencukupi, Rosman telah menggunakan kad kredit  sewenang-wenangnya untuk mengekalkan kesejahteraan keluarganya. Dalam usaha menambah pendapatan, dia membuka kelas tuisyen kepada kanak-kanak dalam kawasan kejiranan manakala isterinya menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak kecil di rumah mereka. Namun begitu, godaan kad kredit adalah terlalu besar.

Hasratnya untuk menjadi cepat kaya sekali lagi wujud apabila Rosman membayar yuran langganan yang mahal dan di luar kemampuannya dengan harapan dia akan memenangi cabutan bertuah di mana peluang kemenangan sememangnya tipis. Tanpa disedari, hutang Rosman menjadi RM43,000 dan dia tidak lagi mampu melunaskan hutang tersebut.

Keadaan menjadi parah apabila Rosman sering diganggu oleh pemiutang lalu dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada AKPK.

AKPK berjaya membuat rundingan dengan bank-bank tersebut untuk menurunkan kadar faedah ke atas 4 kad kredit kepunyaan Rosman lantas menyusun semula ansuran bulanan kepada RM500 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun. Pembayaran selepas itu akan meningkat sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun lagi.

Rosman juga dinasihatkan agar memberikan kereta miliknya kepada pembiaya dan sebaliknya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian. Ini dapat membantu Rosman mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk kereta dan pada masa yang sama, masih bebas berbelanja untuk barangan keperluan rumah. Pelan AKPK adalah satu pelan ringkas yang Rosman dapat patuhi.

Oleh kerana bantuan dan perhatian yang diberikan oleh AKPK dalam menyelesaikan masalah kewangan Rosman, dia akhirnya mampu menjalani hidup yang lebih selesa di samping keluarga tersayang serta jauh daripada ancaman pemiutang.

0 Komentar untuk " Kisah benar: Tewas digoda kad kredit "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ