INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan dua mesin baharu iaitu mesin pembentuk kelapa muda dan pembentuk kuih roti jala untuk membantu usahawan menambah produktiviti perniagaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Mardi, Dr Azizan Ab. Rashid berkata idea menghasilkan dua mesin itu muncul selepas melihat peniaga tidak konsisten dalam memotong kelapa mahupun membuat kuih roti jala.
“Jika dahulu seorang pekerja mampu memotong 50 biji kelapa muda, sekarang dengan menggunakan mesin pembentuk kelapa muda ia mampu memotong 120 biji kelapa dalam tempoh sama.
“Sama juga dengan pembuatan roti jala, jika sebelum ini peniaga mampu menghasilkan 70 keping kuih roti jala sejam, sekarang dengan mesin pembentuk kuih roti jala mereka mampu menghasilkannya sebanyak 120 keping dalam tempoh sama,” katanya selepas pelancaran
mesin itu di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014, baru- baru ini.
Menurutnya, melalui mesin itu, para peniaga dapat menjimatkan masa dan tenaga serta menjual buah kelapa yang dipotong cantik serta kuih roti jala yang sama bentuk dan menarik untuk pelanggan sekali gus meningkatkan produktiviti pengeluaran.
“Mesin pembentuk kelapa muda dijual pada harga RM12,000 yang disasarkan kepada pengusaha dan peniaga minuman berasaskan air kelapa muda seperti Coconut Shake dan bakal diimport ke Indonesia dan Thailand memandangkan ada permintaan dari negara berkenaan.
“Mesin pembentuk kuih roti jala dijual pada harga RM10,000 dengan dua komponen tangki adunan unik bergerak secara putaran serta kuali pemanas elektrik,” katanya.
Mardi juga menyasarkan sebanyak 50 hingga 60 unit mesin pembentuk kelapa muda dijual bagi tempoh setahun.

0 Komentar untuk " Mardi lancar dua mesin baharu "