Tawaduk audit diri elak takbur - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tawaduk audit diri elak takbur

Tawaduk bermaksud rendah diri, tidak angkuh dan patuh kepada perintah Allah. Bukan mudah untuk memandang ke bawah di kala berada di atas dengan penuh rasa patuh selaku hamba Allah. Usrah Nurani yang bersiaran setiap Jumaat, jam 5.15 petang, berkongsi ilmu memupuk sifat tawaduk bersama Ustaz Basir Mohamed.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunungganang." (Surah al-Israa', ayat 37) Sejauh mana penjelajahan atau setinggi mana pendakian,dengansegalateknologiyang dimiliki, tiada satu pun yang membuktikan semua sudut di atas muka bumi ini telah dicapai, diketahui dan dirungkai segalagalanya.

Jaga hati elak takbur

Menerusi kebijaksanaan Allah SWT mendidik kita untuk melihat bumi yang didiami dan diambil manfaat daripadanya pun masih belum mampu diterjemah dan dikaji setiap satu penciptaan- Nya. Itulah cara terbaik untuk menjaga hati daripada sifat lawan bagi tawaduk iaitu takbur.

Allah SWT mendidik Rasulullah SAW iaitu hamba yang paling tawaduk menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Rendahkan sayapmu (rendahkan martabat dan jangan sombong) kepada orang beriman yang mengikutmu." Manusia yang punya sifat merendah diri dalam hatinya tidak akan menampakkan kehebatan dirinya malah sentiasa menampakkanorang lain yang bersamanya sangat memberi manfaat dan menambahkan keimanan buat dirinya.

Allah SWT juga mengajar mengenai tawaduk menerusi akhlak ulama dalam urusan nasihat. Mereka tidak melihat kepada individu yang bertutur, tetapi mendengar butir diperkatakan. Ulama akan menerima dan menyematkan setiap nasihat bukan berdasarkan status pembicara, tetapi bahan dibicarakan yang membangkit serta menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ustaz Basir menerusi Usrah Nurani menceritakan kisah Imam Abu Hanifah yang sangat alim pada zamannya. Pada suatu hari Imam Abu Hanifah berjalan di tepi sebatang parit dan tiba-tiba terserempak seorang kanakkanak sedang berjalan dengan memakai kasut terompah kayu.

Beliau menegur budak itu: "Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti". Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya lalu bertanya: "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"Imam Abu Hanifah lantas menjawab: "Namaku Nu'man".

Lalu disambut budak itu: "Oh, rupa-rupanya tuanlahyang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: Bukan aku yang meletakkan gelaran itu. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku telah meletakkannya." Budak itu pun berkata: "Wahai Imam, apa yang telah engkau tegurkan kepadaku tadi mengenai berjaga-jaga supaya aku tidak tergelincir masuk ke dalam parit sangatlah baik, cuma izinkan aku memperkatakan sesuatu kepadamu.

"Jika aku yang tergelincir, sekurangkurangnya aku hanya akan masuk ke dalam parit tetapi jika Tuan Imam tergelincir, bukan masuk ke dalam parit tetapi ke dalam neraka Allah. Usahlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia sematamata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah SWT lantaran angkuh dan berbangga-bangga, maka berhatihatilah wahai Tuan Imam."

Nasihat buat Imam Abu Hanifah menangis

Menangis Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu. Hebatnya akhlak dan sifat tawaduk Imam Abu Hanifah, sehinggakan nasihat daripada seorang budak pun diambil kira kerana ia meningkatkan rasa takwa ke jalan Allah SWT.

Lawan sifat tawaduk adalah takbur. Digambarkan manusia yang dihinggapi takbur seumpama seseorang yang berdiri di atas bukit atau di tempat tinggi seterusnya melihat kepada orang di bawah, semua akan kelihatan kecil dan kerdil. Hamba ciptaan Allah SWT pertama yang miliki sifat takbur adalah iblis yang takbur apabila melihat satu lagi hamba Allah SWT yang penciptaannya tidak sehebat dirinya, tetapi diperintahkan untuk dia sujud pada ciptaan itu.

Iblis menjadi sangat takbur saat itu kerana berasakan dirinya lebih hebat daripada hamba Allah SWT yang lain. Begitu takbur dan angkuhnya iblis peroleh kemurkaan Allah SWT. Dinyatakan juga, sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad Nabi Allah Adam, iblis telah memijak jasad itu dan berkata: "Telah aku selongkar dan lalu di segenap jasad ini dan tidak kelihatan sebarang kehebatan yang melebihiku."

Tatkala Allah SWT berfirman kepada malaikat: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?

Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30) Allah SWT mengetahui di sebalik penciptaan khalifah yang bakal dicipta- Nya, banyak perkara di luar pengetahuan malaikat. Antaranya, sifat takbur dan hasad iblis. Moga dijauhkan dengan sifat takbur ini yang memperlihatkan kehebatan diri dengan memandang rendah orang lain

Nilai diri sendiri

Terdapat beberapa cara untuk audit diri sama ada miliki sifat takbur atau tidak. Perumpamaan burung merak menggambarkan manusia yang ada sifat takbur dan berbangga diri. Burung merak mengembangkan ekornya yang cantik pada ketika ada orang melihatnya dan menguncup tatkala tiada yang melihat. Berbanding pokok semalu, apabila disentuh akan menguncup dan merendahkan diri.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takbur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim) Oleh itu, hindarilah daripada sifat yang ingin perhatian orang lain, dahagakan pujian, sebutan dan sanjungan. Secantiknya, ambillah resam Rasulullah SAW dengan sikap suka memberi salam sehingga sahabat berlumba-lumba untuk mendahului memberi salam kepada Baginda.

Sebaliknya, pemilik hati takbur akan ternanti-nanti salam diucapkan padanya terlebih dahulu. Saidina Umar al-Khatab berjalan laju semata-mata ingin mengelak daripada bertembung dengan orang yang akan memujinya.

0 Komentar untuk " Tawaduk audit diri elak takbur "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ