Matlamat utama Pakatan Rakyat bukan tawan Putrajaya, kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014.
PKR bersetuju matlamat utama Pakatan Rakyat (PR) bukan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang, sebaliknya untuk mempertahankan ketelusan dan demokrasi di Malaysia.
Naib presidennya, Chua Tian Chang berkata, cadangan membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen oleh PAS hanyalah hasrat peribadi kerajaan negeri Kelantan dan ia tiada kaitan dengan PR.
“Kita tidak pernah sebut tawan Putrajaya itu prinsip tertinggi dalam PR. Silap kalau kita tafsirkan (begitu) kerana saya percaya PAS juga tidak tafsirkan begitu. Tawan Putrajaya bukan matlamat tertinggi dalam PR.
"PR mempertahankan ketelusan, menentang rasuah, urus tadbir yang baik, mengembalikan demokrasi dan memelihara hak asasi. Itu ialah komitmen bersama bagi semua,” katanya yang juga dikenali sebagai Tian Chua.
Beliau berkata demikian ketika mengulas portal berita Malaysiakini yang melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud.
Amar berkata, tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan daripada PR kerana Kelantan mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, termasuk sekiranya perlu, bekerjasama dengan Umno.
Chua berkata beliau masih berpegang kepada komitmen pemimpin PAS yang mahu menjayakan komitmen PR dan tiada tanda gabungan itu akan berpecah.
“Hudud tiada kena mengena dengan PR. Hudud tidak terkandung dalam memorandum bersama. Jadi, pelaksanaan undang-undang itu ialah urusan dan tanggungjawab Kelantan dan bukannya PAS secara total.
“Kami berpegang pada komitmen PAS berjuang bersama dalam kerangka manifesto bersama. Saya yakin PAS akan mematuhi dan mengotakan komitmen ini. Saya tidak nampak ada tanda PAS keluar daripada komitmen itu,” katanya.
Mengulas mengenai desakan pemimpin tertentu PR yang mahu PAS atau DAP keluar gabungan itu, Chua berkata ia hanyalah isu yang disensasikan media.
Katanya, PAS sendiri tidak pernah berhasrat membawa isu hudud kepada perbincangan PR maka isu itu tidak seharusnya dibincangkan.
"Kita tidak perlu mesyuarat kerana ia bukan agenda kami.
“Bagi saya ini permainan media. Majoriti anggota PAS dan DAP komited berjuang bersama PR. Saya sedikit pun tidak ragu komitmen ini. Bila media melontar soalan, mudah disalah tafsir dan dilaga-lagakan," katanya sambil menambah, ketika ini, media memang mencari isu yang kontroversi.
Chua berkata, terpulang kepada Umno untuk bersetuju atau tidak dengan perkara itu apabila ia dibentangkan untuk kelulusan semasa mesyuarat khas sidang DUN pada Isnin nanti.
Beliau berkata semua parti dalam PR tetap komited berjuang bersama, tetapi persefahaman yang tinggi amat diperlukan agar masing-masing bertindak dalam lingkungan tuntutan yang munasabah. – 26 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-setuju-putrajaya-bukan-matlamat-tertinggi-pakatan#sthash.Ikvkx7CR.dpuf

0 Komentar untuk " PKR setuju Putrajaya bukan matlamat tertinggi Pakatan "