ANTARA cadangan yang saya bangkitkan semasa membahas usul agama di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini ialah agar penceramah luar negara melepasi dua tahap tapisan – keselamatan dan akidah – sebelum dibenarkan berceramah di Malaysia atau muncul dalam rancangan TV atau radio.
Ini penting untuk memastikan umat Islam di negara kita tidak terdedah kepada fahaman dan aliran yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Keadaan ini semakin perlu diberi perhatian kerana ramai penceramah asing yang masuk ke Malaysia didapati menyebar fahaman ekstrem dan aliran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi pegangan umat Islam negara ini dan seluruh Nusantara.
Naib Presiden Umno, yang kebetulan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersetuju bahawa penapisan sedemikian adalah langkah baik dan berjanji akan meneliti cadangan ini.
Menurut beliau, pendekatan ini satu panduan membantu usaha kerajaan membanteras kemasukan penceramah atau pendakwah yang mungkin membawa fahaman ekstrem atau militan.
Asas kebimbangan umum ialah kehadiran mereka boleh membawa kepada penyebaran ideologi pelampau, seterusnya membawa kepada perkaderan pemikiran, dan lebih teruk seperti merekrut atau melatih rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan radikal dan pelampau termasuk Islamic State (IS).
Kerana tidak memahami sejarah dan latar belakang negara ini serta budaya masyarakat dan Perlembagaan, ada kemungkinan kemasukan penceramah dan pendakwah luar mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
Buat masa ini, pihak berkuasa agama negeri tidak mempunyai satu mekanisme yang tetap dan berkesan untuk menapis kemasukan individu asing yang dijemput organisasi atau NGO membawa pemikiran pelampau atau yang bercanggah dengan Islam sebenar ke negara ini, justeru membuka laluan kepada mereka yang berfahaman liberal, plural dan idea songsang menyebarkan ideologi tersebut.
Semua urusan agama Islam adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri (kecuali Wilayah Persekutuan), hatta kuasa memberi tauliah kepada penceramah di negeri masing-masing yang biasanya diberi kepada penceramah tempatan.
Jika ada permintaan daripada Jakim atau mana-mana pihak yang dipertanggungjawab membuat tapisan, pasti Kementerian Dalam Negeri, khususnya pihak polis dan Jabatan Imigresen bersedia berbuat demikian.
Menurut pihak polis, terdapat beberapa keadaan yang mana jabatan agama tidak merujuk kepada polis dalam isu jemputan atau kemasukan penceramah luar, sebelum mentauliahkan mereka untuk memberi syarahan dalam negara sedangkan ini adalah langkah mencegah awal dalam mengekang penyebaran ideologi militan, pelampau dan songsang. Antara tokoh yang dibawa masuk berceramah di Malaysia adalah mereka yang tidak dibenarkan membuat ceramah di negara-negara Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Oktober lalu, atas gesaan banyak pihak, kedatangan tokoh liberal Indonesia Dr Ulil Absha Abdallah, disekat.
Walaupun ada bangkangan terhadap keputusan kerajaan, lebih ramai yang menyokong kerana berasakan kehadiran pengasas Jaringan Liberal Indonesia ini boleh membawa kemudaratan akidah dalam kalangan umat Islam negara ini.
Beliau antara tokoh yang dikaitkan dengan penyebaran fahaman liberal, termasuk Ahmad Khan, Fazlur Rahman, Ali Shariati, Abdullah Ahmad Naim, Hassan Hanafi, Muhammad Abd al-Jabiri, Muhammad Arkoun, Abdul Karim Soroush, Fatima Mernesi, Aminah Wadud, Nawal Sa’dawi, Rifa’at Hasan, Ali Abd al-Raziq, Farid Esack, Nurcholis Majid, Harun Nasution, Ahmad Wahid, Lutfi al-Syaukani, Djohan Efendi dan ramai lagi.
Di Malaysia, antara pengamal dan penggerak liberal yang dikenal pasti termasuk ahli akademik, penulis, wartawan, blogger dan penggiat NGO.
Menurut tokoh agama terkenal dan mantan Mustasyar Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Prof Ulung Sheikh Dr Uthman el-Muhammady (Allahyarham), tidak wujud istilah Islam liberal. Mereka terpengaruh dengan idea yang dipromosikan oleh Leonard Biden melalui karyanya Islamic Liberalisation: A Critique of Development Ideologies dan buku Charles Kurzman bertajuk Liberal Islam: A Source Book yang diterbitkan pada 1988.
Buku-buku ini, termasuk idea pengasas fahaman liberalisme seperti John Locke, Rosseau, Adam Smith dan JS Mill pada abad ke-18 serta beberapa tokoh pembaharuan termasuk Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh pada abad ke-20 menjadi rujukan puak liberalis sedunia.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Wujud mekanisme tapis tokoh luar "