JENAMA makanan berbungkus terkenal yang sudah lama wujud seperti Danone, Campbell dan Barilla mula kehilangan penguasaan pasaran.
Menurut laporan senarai 50 jenama bilionair kategori makanan berbungkus 2014 oleh syarikat penyelidikan Euromonitor International, senarai itu juga menunjukkan beberapa jenama China seperti Yili dan Mengniu telah berkembang pesat.
Senarai jenama bilionair itu turut meliputi jenama ikonik global seperti Kellog’s dan Cadbury sehingga ke jenama baharu yang kurang dikenali, menunjukkan senarai pelopor utama dalam pasaran makanan berbungkus sekarang ini.
Meskipun beberapa jenama baharu Asia memasuki kelab bilionair itu, hasil perolehan kebanyakan mereka bertumpu pada pasaran tunggal dengan Yili, Mengniu, Master Kong, Arawana, Shireway, Wahaha, Fortune dan Wang Zai menyaksikan sebahagian besar daripada perolehan mereka datang dari China.
“Asia Pasifik adalah enjin pertumbuhan terbesar untuk industri makanan berbungkus, menyumbangkan RM628 bilion kepada pasaran global.
“Dalam erti kata lain, 48 peratus jumlah pertumbuhan ini adalah dijana oleh industri,” jelas Ketua Global Penyelidikan Makanan Berbungkus, Euromonitor International, Lamine Lahouasnia dalam kenyataan yang sama. - Bernama

0 Komentar untuk " Penguasaan jenama terkenal mula hilang "