MaGIC lancar program Bumiprenuer - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MaGIC lancar program Bumiprenuer

PUSAT Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) melancarkan program Bumiprenuer bagi membantu usahawan Bumiputera yang baru memulakan perniagaan (start up).

Ketua Pegawai Operasi MaGIC, Norita Ja’afar berkata, ia dilancarkan selari dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera.

“Kami rasa dengan menambah lagi program di bawah MaGIC kita akan dapat menggalakkan ramai peniaga untuk menyertainya terutama usahawan start up.

“Dengan adanya unit ini, kami berharap dapat mendekati usahawan baharu lebih mendalam serta mendengar rintihan dan cabaran mereka mengenai isu serta masalah yang dihadapi,” katanya selepas Majlis Pelancaran MaGIC Bumiprenuer di Cyberjaya, baru-baru ini.

Menurut Norita, MaGIC bakal menjalinkan kolaborasi bersama agensi kerajaan mahupun swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperbanyakkan program membantu usahawan Bumiputera tahun hadapan.

“Dalam masa tujuh bulan MaGIC ditubuhkan, kami menerima penyertaan usahawan Bumiputera bagi program sedia ada melebihi daripada 10,000 orang dan ini sesuatu yang memberangsangkan.

“Dengan kolaborasi tersebut kami menjangkakan jumlah itu mampu meningkat,” katanya.

MaGIC Bumiprenuer bukan sahaja memberi fokus kepada program yang melibatkan usahawan Bumiputera sahaja tetapi akan melibatkan kerjasama kalangan masyarakat majmuk.

0 Komentar untuk " MaGIC lancar program Bumiprenuer "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ