KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menyediakan lebih banyak program berkualiti untuk meningkatkan penglibatan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya mikro Bumiputera bagi membangunkan perniagaan mereka pada tahap lebih tinggi.
Timbalan Menterinya, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, langkah itu dilakukan menerusi usaha berterusan dalam Program Peningkatan Kualiti Produk Makanan dan Minuman atau ‘Groom Big’ yang dimulakan sejak 2005 lagi.
Menurutnya, ketika ini, kira-kira 78 peratus usahawan di Malaysia terdiri daripada mikro PKS.
“Daripada jumlah ini, 80 peratus daripada mereka adalah usahawan mikro Bumiputera. Kita berhasrat untuk mentransformasikan usahawan mikro ini supaya mereka dapat meningkatkan produk dan pengeluaran sektor PKS,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Groom Big 2014, di Shah Alam, semalam.
Bagi mencapai hasrat itu, Hamim berkata, Miti menggalakkan lebih banyak penyertaan koperasi perniagaan seperti Koperasi ‘Groom Big’ ditubuhkan untuk memperluas jaringan perniagaan, sekali gus mewujudkan lebih banyak jenama produk tempatan.
Dalam pada itu, Hamim turut meminta usahawan PKS memanfaatkan peluang dalam Komuniti Ekonomi Asean (AEC) tahun depan dengan meningkatkan keupayaan syarikat masing-masing.
“AEC membuka peluang pasaran 600 juta berbanding 29 juta pasaran di Malaysia. Walaupun kerajaan sentiasa menjaga kepentingan usahawan, tetapi akan sampai satu masa, pasaran kita akan dibuka lebih luas.
“Justeru, usahawan PKS perlu lebih bersedia menghadapi kemungkinan dan persaingan dalam pasaran terbuka serta memastikan keupayaan syarikat ditingkatkan” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 10 Koperasi ‘Groom Big’ ditubuhkan di setiap negeri secara berperingkat, bertujuan bagi mengembangkan perniagaan dan memasarkan produk-produk usahawan ‘Groom Big’ serta PKS yang lain.
“Antara matlamat penubuhan Koperasi ‘Groom Big’ adalah penubuhan pusat pengumpulan, pengedaran dan pemasaran (4P) di mana ia akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan bahan mentah secara pukal yang akan dijual kepada anggota-anggota koperasi serta usahawan PKS lain pada harga lebih rendah dari pasaran,” katanya.
Program ‘Groom Big’ bertujuan membangunkan usahawan dalam tiga aspek utama melibatkan pengembangan ilmu pengetahuan dalam membentuk usahawan berdaya tahan dan berdaya saing, pembangunan produk termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penekanan dalam bidang pemasaran.
Pada tahun ini, program itu memfokuskan kepada pengukuhan koperasi ‘Groom Big’ dan ‘Groom Big - Quick Win’ (Tahap 3 dan 6) iaitu masing-masing menyediakan modul untuk memasuki pasar raya besar serta persediaan produk eksport.
Ia turut mendapat kerjasama Sirim Berhad dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

0 Komentar untuk " Tingkat penglibatan usahawan mikro "