Penganalisis: Pas perlu keluar PR - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Penganalisis: Pas perlu keluar PR

SHAH ALAM – Usaha PR untuk memenangi sokongan pengundi Sabah dan Sarawak seterusnya menawan Putrajaya akan lebih mudah sekiranya Pas keluar dari gabungan itu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, ini berikutan kehadiran Pas ditanggapi persepsi negatif rakyat di kedua-dua negeri setelah parti itu berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

“Isu hudud amat sensitif bagi penduduk Sabah dan Sarawak yang majoritinya bukan beragama Islam. Malah DAP di Sarawak, sedia untuk tidak bekerjasama dengan Pas jika mereka mahu meneruskan hudud.

“Jadi hudud memang beri kesan dari segi sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kepada PR. Tetapi, jika Pas keluar dari PR mungkin akan memudahkan PR menang di Sabah dan Sarawak,” katanya semalam.

Menurut beliau lagi, isu hudud yang diperjuangkan Pas juga akan memberi kesan negatif kepada imej DAP di Sabah dan Sarawak.

“Hudud ini bukan perkara baharu yang ditentang oleh DAP. Mereka bermati-matian tidak mahu hudud dilaksanakan kerana beri kesan kepada mereka dari segi politik.

“Bagaimana sebuah parti yang berjuang untuk orang bukan Islam boleh membenarkan hudud?,” katanya.

Selain itu, katanya, kehadiran Pas dianggap tidak relevan di kedua buah negeri itu.

“Hakikatnya Pas merupakan parti yang susah untuk diterima di dua buah negeri yang mempunyai demografi kaum yang berbeza daripada Semenanjung. Berdasarkan pola mengundi rakyat dalam pilihan raya lalu, cubaan Pas bertanding ternyata gagal.

“Pola ini dijangka akan berterusan dan Pas memang tiada peluang masuk di kawasan Melayu, apatah lagi di kawasan bukan Melayu,” katanya.

0 Komentar untuk " Penganalisis: Pas perlu keluar PR "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ