TIADA siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat melanda Kelantan tahun ini. Angka rasmi mangsa banjir yang mendiami pusat-pusat pemindahan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Banjir Kelantan sudah melebihi 150,000 orang pada Selasa kelmarin.
Namun ini tidak termasuk mereka yang tidak berdaftar, berpindah ke pelbagai tempat yang tidak diwartakan kerajaan seperti di masjid-masjid, rumah-rumah kenalan mahupun masih berada di rumah masing-masing yang tidak ditenggelami sepenuhnya.
Banjir kali ini meliputi seluruh daerah di Kelantan kecuali hanya satu sahaja daerah iaitu Bachok. Yang lain daripada Tumpat hinggalah ke Jeli, semuanya menerima kesan. Bahkan bekalan elektrik dan air terputus lebih seminggu di semua daerah ini.
Penulis yang turut berkampung sejak lebih seminggu di sini bagi membantu Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan yang dipengerusikan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelaras kerjasama semua agensi-agensi kerajaan termasuk Persekutuan dan Negeri.
Datuk Seri Mustapa dilantik oleh Pengerusi Majlis Bencana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disokong sepenuhnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Fokus utama jawatankuasa ini adalah untuk menyelamatkan nyawa dan memastikan tiada seorang pun yang tidak menerima bekalan makanan, minuman mahupun bekalan asas yang utama.
Memanglah tidak mudah usaha ini lantaran melibatkan seluruh daerah Kelantan secara serentak. Namun terpancar kegigihan anggota-anggota keselamatan, kakitangan awam mahupun sukarelawan yang semuanya diselaraskan bagi tujuan bersama.
Walau bagaimanapun di tengah kesibukan dan kekalutan ini masih ramai yang mengambil kesempatan cuba menangguk di air keroh. Pelbagai cerita sensasi yang tidak tepat, bahkan palsu dan berupa fitnah dibuat dan disebarkan melalui media-media sosial.
Ada yang tergamak menyunting gambar-gambar bagi menyokong cereka-cereka yang digembar-gemburkan hingga menimbulkan pelbagai rasa panik dan cemas dalam kalangan rakyat, terutama ahli-ahli keluarga di dalam dan di luar Kelantan.
Sebagai contoh, ada yang menulis di laman-laman sosial menggambarkan keadaan bahawa mayat-mayat bergelimpangan dijumpai di rumah-rumah yang sudah surut airnya di Kuala Krai. Bahkan ada yang menyunting gambar mayat-mayat bagaikan situasi benar berlaku.
Hakikatnya berita ini bila disiasat polis Kuala Krai ternyata satu berita palsu yang menyusahkan pula pihak berkuasa yang perlu beri keutamaan pada usaha lain yang lebih besar.
Tidak sedikit cemuhan dan makian, hatta tuduhan tidak berasas kepada usaha penyelamat dan sukarelawan.
Ini semua dilakukan oleh para keyboard warriors atau pendekar papan kunci komputer atau telefon bimbit yang langsung tiada sensitif pada penderitaan yang dialami rakyat Kelantan ketika ini.
Memang tidak dinafikan wujud kelemahan pengurusan bencana kali ini lantaran musibah luar jangka seolah-olah satu tsunami besar yang berlaku serentak di seluruh Kelantan.
Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh pihak berkuasa lantaran terputusnya komunikasi sama ada telefon mahupun jalan-jalan darat dengan banyak daerah. Satu ketika beberapa daerah seperti Kuala Krai, Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat terputus terus hubungan.
Tempat-tempat ini, terutamanya yang paling terjejas teruk seperti Kuala Krai hanya boleh disampaikan bantuan melalui jalan udara dengan helikopter-helikopter tentera.
Sememangnya Kuala Krai bagaikan bertukar menjadi sebuah pulau besar yang dilitupi air sehinggakan pada awal musibah, kawasan paling tinggi iaitu bangunan sekolah empat tingkat air naik dengan pantas sehingga ke tingkat tiga sekolah.
Ribuan pula terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit lantaran tiada lagi kawasan atau bangunan tinggi yang boleh mereka pergi untuk menyelamatkan diri. Lebih sayu melihatkan anak-anak kecil dan orang tua terpaksa tidur tanpa ada khemah dan terdedah kepada kesejukan malam.
Sekali lagi pujian harus diberikan kepada pihak tentera yang bertungkus-lumus memastikan bekalan makanan dan keperluan asas untuk hidup sampai kepada mereka walaupun mereka sendiri menyabung nyawa.
Sebab itulah pada saat-saat getir sebegini, usahlah menambahkan kekalutan dengan menyebarkan berita-berita palsu berupa fitnah dan tohmah.
Kalau tidak mampu untuk membantu sekalipun, pertolongan yang paling besar boleh disumbangkan ialah dengan tidak mencetuskan cerita-cerita sensasi yang menambah tekanan pihak berwajib dalam melaksanakan tugas mereka.
Lebih molek lagi ialah untuk sekurang-kurangnya menadah tangan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua bagi dipermudahkan usaha-usaha menyelamat mangsa-mangsa musibah banjir ini.
Apa yang lebih mustahak pada saat-saat tragedi dan krisis seperti ini untuk seluruh rakyat menunjukkan tahap solidariti yang tinggi dengan mengetepikan sebarang kepentingan diri mahupun ideologi.
Sesungguhnya ini merupakan ujian besar ALLAH yang tentunya ada hikmah bagi kita semua untuk bermuhasabah dan menjadikan kita hamba yang lebih beriman dan bertakwa.

0 Komentar untuk " Musibah banjir terburuk di Kelantan "