MKN tunjuk sindrom penafian dalam menjawab kritikan banjir, kata DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MKN tunjuk sindrom penafian dalam menjawab kritikan banjir, kata DAP

Reaksi Majlis Keselamatan Negara terhadap kritikan pengurusan banjir membangkitkan lebih banyak soalan, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2014.

Reaksi Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap kritikan orang ramai mengenai bagaimana kerajaan persekutuan mengendalikan bencana banjir menunjukkan Putrajaya sedang melalui satu sindrom penafian, kata DAP.

Setiausaha publisiti kebangsaannya Tony Pua berkata, MKN juga membangkitkan lebih banyak soalan daripada jawapan ketika mempertahankan kerajaan dalam kenyataan panjang lebarnya semalam.

"Saya rasa ia menunjukkan, ada benarnya tindakan saya dan pada masa sama, sedikit geli hati dengan reaksi MKN yang begitu lantang menangkis kritikan terhadap pengurusan dan persediaannya yang lemah dalam menangani bencana banjir negara waktu ini.

"Malah, mereka bersusah payah menamakan saya empat kali dalam jawapan panjang yang diberi, menuduh pengkritik membuat kenyataan 'hanya dari kerusi' dan katanya mereka 'bersenang lenang'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, dia boleh menjawab cakap-cakap besar MKN itu, perenggan demi perenggan, tetapi dia hanya akan memberi tumpuan kepada dua perkara utama dalam kenyataan yang dikeluarkan MKN dua hari lalu. – 30 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mkn-tunjuk-sindrom-penafian-dalam-menjawab-kritikan-banjir-kata-dap#sthash.5apQ7jz9.dpuf
0 Komentar untuk " MKN tunjuk sindrom penafian dalam menjawab kritikan banjir, kata DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ