Khabar angin tersebar di media sosial mengatakan harga RON95 akan turun menjadi RM1.93 seliter, RON97 turun kepada RM2.13 seliter dan diesel RM1.97 seliter mulai Khamis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2014.
Putrajaya tidak menafikan khabar angin yang tersebar lewat petang ini mengenai harga bahan api yang dijangka turun pada 1 Januari, namun menggesa orang ramai menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat nanti.
Khabar angin tersebar di media sosial hari ini mengatakan harga RON95 akan turun menjadi RM1.93 seliter, RON97 turun kepada RM2.13 seliter dan diesel RM1.97 seliter mulai Khamis.
Difahamkan maklumat harga baru tersebut didedahkan sumber dalaman daripada salah sebuah syarikat minyak, tetapi tiada pengesahan dilakukan syarikat itu.
Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika dihubungi menasihatkan orang ramai supaya menunggu pengumuman rasmi dibuat dan mengatakan satu berita baik akan dimaklumkan.
"Tunggu dahulu, rahsia tertutup, tunggu 1 Januari nanti.
"Ia berita baik, kita war-warkan sedikit," katanya kepada The Malaysian Insider.
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95 RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
Pada 21 November, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember.
Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu ialah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.
Bagaimanapun, pengumuman kaedah terbaru tersebut mengundang kritikan khususnya daripada pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membidas kerajaan kerana tidak menurunkan harga bahan api RON95 dan diesel lebih awal dan sebaliknya menunggu hingga 1 Januari.
Beliau mendakwa, sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak lebih tinggi daripada RM1.90 seliter, ia bermakna Putrajaya terus memanipulasi harga RON95 dan diesel bagi mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
Satu perhimpunan menuntut penurunan harga minyak juga dirancang diadakan di ibu kota bagi mendesak harga bahan api turun di bawah RM2.
Mengulas mengenai khabar angin tersebut malam ini, setiausaha agung PKR itu tidak menolak kerajaan mungkin akan terpaksa menurunkan harga hingga ke bawah RM2 seliter.
"Ada kemungkinan ia turun bawah paras itu (RM2). Mereka tidak boleh tipu sekarang ini kerana kita boleh kira," katanya mengenai khabar angin yang tersebar luas itu.
Bagaimanapun, dalam nada terkejut, Rafizi meragui tindakan kerajaan yang dijangka tiba-tiba membuat keputusan sedemikian. – 30 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tunggu-berita-baik-1-januari-kata-menteri-tentang-harga-minyak#sthash.HElOyEWd.dpuf

0 Komentar untuk " Tunggu berita baik 1 Januari, kata menteri tentang harga minyak "