Lese Majeste, mencaci raja - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lese Majeste, mencaci raja

Orang Thai, Jepun paling monarkis dalam demokrasi berparlimen di abad ini

BANGKOK, Hari Krismas 2014: Berpekan di sini sempena cuti Krismas. Thailand, selain dari Jepun, negara beraja perlembagaan yang amat menghormati dan memuja monarki.

Di negara ini, yakni Thailand wujud undang-undang yang dikenali sebagai Lese Majeste (asalnya bahasa Perancis) yang sangat tegas, keras atau strict melindungi keluarga diraja- King dan Queen atau Raja dan Ratu khasnya- daripada kecaman dan kritikan. Pesalah menerima hukuman berat termasuk penjara.

Lese Majeste, hurai Speaking, “is the insulting of a monarch, a presumptous behaviour” iaitu tutur kata/tindakan mencela, menghina raja, tabiat yang memandai-mandai (juga terlalu berani).

Dalam politik Thai yang sentiasa bergelora, warna kuning simbol puak pro-raja, merah dilihat sebagai mereka yang tidak senang dengan monarki tetapi menerimanya satu kenyataan, satu realiti.

Awal bulan (5 Disember), Thailand menyambut hari jadi King Bhumibol Adulyadej (naik takhta 1946) yang ke-87 tahun, seorang raja yang amat popular bahkan dianggap kebanyakan masyarakat Thai semi-divine iaitu taat mereka kepadanya seolah-olah baginda dewa-Tuhan.

Hingga hari ini tanda-tanda sambutan perayaan hebat dan meriah itu masih kelihatan di merata bandar raya Bangkok.

Thailand, hingga rampasan kuasa oleh tentera, adalah sebuah demokrasi yang 'vibrant'  kata Speaking atau sebuah demokrasi yang bersemangat.

Kini kerajaan Thai diketuai General Prayuth Chan-o-cha yang mengambil alih kuasa dari Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pertengahan tahun ini.

Satu kelaziman dalam sejarah Thailand semenjak absolute monarki dihapuskan pada tahun 1932. Nampaknya elemen kebebasan terus wujud walaupun tidak segar dan vibrant seperti dulu. Pilihan raya umum mungkin diadakan pada 2016.

Bangkok, Singapura dan Jakarta antara kota raya Asean yang saya sering melancong.  Penduduk Bangkok berjumlah lebih sembilan milion terdiri 83 peratus orang Buddhis, Islam-Melayu antara 4%-5%; Kristian 3%-4%. Majoriti orang Thai keturunan Siam, Lao dan Cina.

Ketegasan kerajaan militer Thailand menjalankan undang-undang Lese Majeste daripada kerajaan terlebih dahulu tidak memeranjatkan. Kesalahan dan insiden di bawah Artikel atau Bab 112 penal code Thailand telah meningkat semenjak rampasan kuasa Mei lepas.

Jeneral Prayuth Chan-o-cha telah menegaskan fugitives, yakni pelarian atau orang buruan dari undang-undang ini akan diburu walaupun mereka berada di luar negara.

Mengikut sesetengah sumber, ramai yang mencaci monarki Thailand sudah lari atau berada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis dan juga di negara lain. Kritikan berjalan terus dari tempat perlindungan sementara mereka.

Hubungan dua hala KL-Bangkok memuaskan, terus baik, bersahabat dalam semangat setia kawan dua jiran dekat dan kekeluargaan Asean. Thailand meminta kerjasama kita membantu menyelesaikan masalah pemberontakan pemisah di selatan Siam yang berlanjutan itu.

Penduduk di selatan Thailand majoritinya Melayu-Islam-Thai menghayati kebudayaan Melayu-Islam dan bercakap selain dari Thai pada amnya bahasa Melayu loghat Kelantan. Masalah di selatan Thailand bisa diselesaikan jika prinsip give-and-take kedua belah pihak atau protagonis wujud.

Tanpa ada semangat muhibah kemungkinan masalah ini berpanjangan.

Seperti ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun dalam akhbar The Bangkok Post hari ini, that society will be at peace if people respect religious and ethnic diversity because it would prevent conflicts.

Maknanya satu bangsa atau masyarakat akan aman jika semua menghormati kepelbagaian atau diversiti agama dan bangsa. Saya bersetuju dengan pendapat ini dan saya telah pun memberi tahu awal 2002 kepada Perdana Menteri Thailand waktu itu, Takshin Shinarwatra, abang Yingluck.

Sebarang usaha, perundingan, reformasi di mana pun sukar apalagi jika reformasi yang jujur hendak dilaksanakan; menamatkan kisah lama dan memulai sejarah baru yang akan memanfaatkan semua pihak memang leceh dan kompleks.

Menyelesaikan konflik tidak mustahil- contohnya Aceh, Ireland Utara dan Selatan Filipina.

Reformasi politik, sosial biasanya berlaku tatkala sebuah negara menghadapi krisis besar; mencari penawar atau panacea yang akan mengembalikan keamanan, kestabilan, perpaduan dan mengatasi masalah sesingkat masa mungkin.

Realitinya reformasi politik dan sosial, bahkan transformasi apa pun bukan satu slogan. Ia satu proses. Proses transformasi atau reformasi lazimnya mengambil masa untuk berjaya dan ia berkehendak banyak muhibah dan tolak ansur; juga persekitaran bebas dan demokratik bagi memenangi minda dan jiwa rakyat.

Pada saya, kuncinya satu isu, satu reformasi, satu transformasi seperti yang ditegaskan oleh Speaking, “must resonate with the people that will have an immediate, stabilising impact upon them should be agreed and implemented straight away.” Ertinya satu isu, satu subjek jika mahu diterima oleh rakyat dan impaknya memanfaatkan mesti dilakukan segera; adil dan saksama.

Lepas makan tengah hari, saya dan keluarga melawat rumah memorial M.R. Kukrit. M.R. Kukrit nama penuhnya Mom Rajawongse Kukrit Pramoj adalah bekas Perdana Menteri Thailand yang berpendidikan Oxford University dalam bahagian philosophy, politik dan ekonomi atau PPE.

Kukrit adalah keturunan bangsawan daripada kedua belah pihak- bapa dan ibunya. Saya berkesempatan berjumpanya bersama Tun Razak dalam tahun 1975 waktu dia melawat Kuala Lumpur.

Kukrit adalah antara enam perdana menteri Thailand yang saya pernah bertemu. Yang akhir adalah Abhisit juga bekas peraja Oxford, seperti Kukrit juga dalam bidang PPE.

Kukrit paling masyhur kerana dia juga seorang wartawan dan pengarang akhbar yang menubuhkan Siam Rath, sebuah harian dalam bahasa Thai yang berpengaruh.

Dia juga seorang public intellectual, budayawan dan aktor. Mereka yang ingat filem The Ugly American melihatnya bersama Marlon Brando mengambil peranan utama dalam cerita yang membuat skit atau satu drama penuh jenaka memperolokkan kisah serius dan benar dasar Amerika Syarikat semasa Cold War atau Perang Dingin dalam 1960an.

Rumah Kukrit sekarang adalah heritage house atau rumah warisan, satu memorial yang popular di Bangkok mengenang jasa bekas pemimpin negara itu. Abang Kukrit iaitu Seeni Pramoj juga bekas pelajar Oxford dan Perdana Menteri Thailand.

Kemenangan Thailand dalam final Piala AFF Suzuki 2014 melawan Malaysia di Kuala Lumpur disambut penuh gembira dan hebat oleh rakyat Thailand. Setakat ini lebih kurang RM4 juta atau Baht 40 juta telah terkumpul atau dijanjikan sebagai hadiah kepada wira bola Thailand yang menumpaskan Malaysia di Kuala Lumpur dengan agregat 4-3.

Thailand kini menjuarai Piala AFF Suzuki empat kali seperti Singapura. Malaysia baru sekali menjulangnya. Apabila Thailand 3-0 di belakang Malaysia, Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang mengikuti perlawanan kejuaraan itu melalui televisyen telah memberitahu  timbalan ketua setiausaha sulitnya untuk menelefon pengurus pasukan Thailand menitahkan agar pemain diberitahu baginda menonton perlawanan itu dan memberi sokongan kuat untuk kemenangan Thailand.

Saya yakin selain daripada kepintaran pemain Thailand, ketahanan dan stamina yang kuat, sokongan baginda telah memperkuatkan lagi azam pemain Thailand hingga mereka berjaya menutup perlawanan dengan 3-2 gol. Amat wajar pasukan terdiri daripada  remaja Thailand ini menjuarai Piala AFF Suzuki 2014.

Saya menumpang sedih dengan banjir yang buruk berlaku di Malaysia terutama di Pantai Timur termasuklah Kelantan. Saya berharap banjir tidak akan menjadi lebih buruk dari sekarang. Banjir juga melanda selatan Siam.

0 Komentar untuk " Lese Majeste, mencaci raja "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ