Kelantan tidak bincang dengan jawatankuasa PAS pusat tentang enakmen hudud - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kelantan tidak bincang dengan jawatankuasa PAS pusat tentang enakmen hudud

Enakmen pelaksanaan hudud di Kelantan tidak pernah dibincang dengan Jawatankuasa PAS Pusat, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2014.

Kerajaan PAS negeri Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen pelaksanaan hudud dengan Jawatankuasa Pusat parti tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir 15 Disember baru-baru ini.

"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.

"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat jawatankuasa tersebut berlangsung sehari sebelum Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipanggil pada 29 Disember bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau tidak melihat kemelut tersebut akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat khususnya dengan DAP.

Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.

DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.

Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya ketika berlaku krisis menteri besar Selangor. – 23 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kelantan-tidak-pernah-bincang-dengan-jawatankuasa-pusat-tentang-enakmen#sthash.kfXAyoSL.dpuf
0 Komentar untuk " Kelantan tidak bincang dengan jawatankuasa PAS pusat tentang enakmen hudud "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ