Hudud: DAP tiada hak halang Pas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Hudud: DAP tiada hak halang Pas

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] DAP tidak mempunyai hak untuk menghalang, sebaliknya perlu menghormati Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, hudud merupakan pegangan dan perjuangan yang telah lama dibawa Pas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.  

“Jika DAP menghalang Pas untuk laksanakan hudud, ia seolah-olah tidak menghormati dan menzalimi Pas selaku rakan dalam pakatan.

“Apa hak DAP untuk mengatakan tidak pada hukum hudud yang ingin dibawa Pas?” katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu]

Beliau turut menegaskan tiada kesepaduan yang wujud dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR walaupun selepas sudah lama bersama sejak sekian lama.

Menurutnya, kini jelas ketara DAP dan PKR hanya menggunakan Pas untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada Pilihan raya umum yang lalu.

“Saya yakin Pas tidak akan berputus asa terhadap pegangannya (melaksanakan hudud), kemudian DAP suruh Pas lupakan hudud. PKR pula senyap tidak kata apa-apa dan seolah-olah menyokong DAP," katanya.

Menurutnya, perkara paling sesuai dilakukan Pas ketika ini adalah berpecah bagi mengelakkan terus ditindas oleh rakan mereka dalam pakatan.

“Isu ini sudah makin besar. Pas kena pertahankan maruah jangan hilang begitu sahaja perjuangan hudud ini. Jangan terus ditindas dan diperli oleh DAP.

“Pakatan ini tidak berfungsi. Cukuplah. Isu yang penting pun tiada persefahaman. Sudah tiba masanya Pas keluar dari PR,” katanya.

0 Komentar untuk " Hudud: DAP tiada hak halang Pas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ