1MDB lebih penting dari HUDUD? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

1MDB lebih penting dari HUDUD?

Assalamualaikum,, Usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan perintah ALLAH yang tergantung sekian lama nampaknya tidak lekang dari halangan.Kalau dulu, orang UMNO sering menuduh PAS cuma mahu meraih kemenangan dalam pilihanraya dengan menggunakan hudud dan alQuran, kini tiba pula giliran kawan sendiri dari ugama yang sama mempertikaikan keikhlasan kerajaan Kelantan memokuskan usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.Kini skandal 1MDB dijadikan alasan untuk mempersoalkan keikhlasan kerajaan Kelantan sekaligus PAS.Kononnya apa yang dilakukan akan menimbulkan lebih salah faham serta memberikan lebih banyak fitnah kepada nama baik Islam.

Hujah untuk mempertikaikan persidangan DUN Kelantan bagi membolihkan hudud dibawa ke Parlimen ialah satu sangkaan mengalihkan tumpuan daripada skandal 1MDB kepada pertikaian antara PAS dan DAP. PAS juga dituntut memberi tumpuan kepada membenteras rasuah dan salah guna kuasa kerajaan persekutuan daripada tergesa gesa  melaksanakan hudud. Dangkalnya saranan ini kerana lebih 50 tahun umat Islam tidak diikat dengan had had yang ditetapkan olih ALLAH, itukah maknanya tergesa gesa kalau PAS meneruskan usaha pada ketika jalan sudah terbuka?Kalau nak tunggu tidak ada isu besar lain maka pastinya PAS mungkin tidak akan ada peluang untuk cuba mendengar dan mentaati perintah ALLAH.

Barangkali inilah antara contoh tipikal manusia yang dimandulkan otaknya olih sekular menerusi pendidikan yang diperolehi di sekolah dan universiti UMNO.Otaknya tidak lain selain memikirkan masalah dunia walaupun dari skolar yang berbeza dengan UMNO tetapi penyelesaiannya tetap dunia.1MDB dilihat penting diberi keutamaan daripada perintah mendengar dan mentaati ALLAH.

Pakatan Rakyat(PR) dijadikan pula landasan yang tidak bolih dilawan apabila cuba menegaskan perpaduan hanya bolih dicapai dengan mendengar cakap DAP yang disokong PKR.Manusia ini tidak berminat untuk mendengar seruan PAS untuk mendahului ketaatan kepada ALLAH.Barangkali ini sebenarnya perlakuan manusia yang dimandulkan otaknya olih sekular.

Manusia berotak mandul sekular pandai berbicara mengenai keadilan Islam tetapi secara negatif.Cuba lihat hujahnya" Dengan tindakan PAS meneruskan sidang khas, ia akan meneruskan konflik yang tidak perlu, salah faham dan debat politik tentang hudud yang bakal melahirkan salah faham terhadap keadilan Islam."Sayangnya dia gagal memahami bahawa apa yang diusahakan kerajaan Kelantan itu adalah keadilan Islam yang bakal dilihat oleh manusia sejagat.Inilah tipikal berfikir manusia berotak mandul sekular.

Begitu juga dengan maqasid syariah yang didakwanya perlu dipertingkatkan olilh PAS.Apa makna maqasiq syariah tanpa hudud?Faham ke tidak dia ni?Manusia sekular pastinya memahami secara sekular iaitu ambil apa apa yang diterima olih sekular sahaja, yang tidak abaikan saja.Sama seperti ucapan Najib pasal maqasid syariah di PAU yang lalu.Tiada bezanya, sekular!

Dakwaan bahawa ada setengah ahli PAS cuba melobi agar PAS kekal dengan PR dengan lahirnya PASMA menjelaskan satu perkara, iaitu adanya tanda tanda PAS mungkin sedang tercemar dengan manusia manusia yang dimandulkan otak mereka olih sekular.

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik

0 Komentar untuk " 1MDB lebih penting dari HUDUD? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ