KELMARIN, di Surau Karangkraf, saya berpeluang mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Pak Legisan Sugimin, seorang motivator dari Indonesia. Pak Legisan yang biasa mengendalikan kursus-kursus ESQ165 masih lancar menyampaikan buah fikirannya dengan berkesan, meskipun katanya, sudah hampir dua tahun tidak menyampaikan motivasi.
Saya teruja apabila mendapat tahu beliau dapat meluangkan masa berceramah di Karangkraf. Sungguh terkesan sekali dengan penyampaiannya yang penuh kiasan dan ibarat. Seperti biasa, isi kuliah ringkasnya begitu rapat dengan makna insan, agama dan Penciptanya. Izinkan saya mengupas inti ucapan beliau mengikut tafsiran saya.
Katanya, kita hidup di zaman yang penuh pancaroba. Masyarakat kian permisif. Apa sahaja boleh meskipun ia melanggar tata susila adat, budaya, peradaban dan agama. Malah, pelanggaran syariat itu begitu berleluasa hingga ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Kita melihat kemungkaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sampai ramai di kalangan kita sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Sikap ketidakapaan ini sebenarnya menggambarkan kita tidak sedar yang kita sudah kalah untuk menentang segala kemungkaran ini. Ia amat berbahaya kerana orang yang tidak sedar yang dia sudah kalah dalam perjuangan tidak akan menentang tetapi sebaliknya mengizinkan ia berlaku.
Malah, secara tanpa disedari mula menyukai dan menyanjung segala yang tidak baik, tidak betul dan tidak bagus. Bukankah kita berfikiran songsang apabila menyukai yang buruk dan membenci pula yang baik?
Untuk itu, kita mesti menentang segala kemungkaran ini. Perlu isytihar jihad untuk menjernihkan kembali segala noda yang mengotori nilai-nilai peradaban insan. Kita perlu berjuang. Namun, perjuangan itu adalah jalan yang penuh kepayahan.
Kita silap jika mengandaikan jalan perjuangan itu mudah. Jika ia semudah mengayuh basikal menuruni bukit, ia bukannya perjuangan. Iya, jalan menuruni bukit sememangnya lebih mudah. Kita tidak perlu berkayuh.
Sambil bersiul-siul pun, roda akan berputar laju menuruni bukit. Tetapi jalan semudah itu bisa menjerumuskan kita pula ke gaung yang dalam! Kejayaan itu pula biasanya berada di puncak. Seseorang pendaki gunung akan berusaha bersungguh-sungguh memanjat untuk sampai ke puncak. Keringat dan tenaga perlu dikerah untuk sampai ke mercunya.
Apabila berjaya di sana, dia akan mengibarkan bendera sebagai simbol kejayaan menawan puncak gunung. Kepuasan. Itulah perasaan yang akan diperoleh apabila sesuatu perjuangan itu mencapai kejayaan.
Tetapi, bagaimana jika perjuangan yang penuh sukar menempuh onak dan duri itu kecundang? Tewas setelah mencuba? Jangan berasa kalah. Sebaliknya, kita perlu umpamakan diri kita seperti trak yang penuh muatan tetapi kehabisan minyak.
Trak yang kehabisan minyak tentunya tidak dapat bergerak lagi. Tetapi ia lebih baik daripada trak yang kosong isinya kerana kenderaan yang tidak membawa apa-apa tidak ada gunanya meskipun ia tiba ke destinasi.
Pendek kata, dalam perjuangan itu, yang penting bukannya kemenangan kerana jika ada kemenangan, tentu ada kekalahan. Menang dan kalah itu bersifat keduniaan. Yang harus dinilai dalam perjuangan ialah kejayaannya.
Dan kejayaan itu pula adalah kejayaan dari kacamata ALLAH SWT. Bukan dari kacamata kita. Bukankah tentera Islam kalah di peperangan Uhud? Tetapi walaupun kalah, mereka yang gugur itu semuanya syahid. Dan para syuhada itu tempatnya di syurga.
Maknanya, mereka hanya kalah di dunia, tetapi menang mengikut perkiraan ALLAH Azzawajalla. Berjuanglah. Tetapi jangan cari kemenangan, tetapi kejayaan. Bila kita berjuang, kita melakukan apa yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Dan semua itu kita lakukan sebagai persediaan untuk pulang. Biarlah kepulangan itu sesuatu yang menggembirakan. Seperti murid yang gembira bila terdengar loceng berbunyi kerana itu menandakan tamat waktu sekolah dan dia boleh pulang. Seperti kita yang gembira setiap kali dapat pulang ke kampung halaman.
Jika kita belum lagi berasa gembira untuk pulang kepada-Nya, maka kita perlu bersedia dengan bekalannya. Seperti trak yang bergerak dengan penuh muatan. Seperti seorang pendaki yang bersusah payah memanjat gunung untuk menempa kejayaan di puncaknya.
Hanya dengan persediaan dan usaha, baharulah kita tidak berasa cemas dan gentar untuk kembali ke alam baqa’. Malah, kita akan menghadapinya dengan penuh perasaan bahagia.
Dari Abu Said Al Khudri R.A berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: ‘Siapa yang melihat kemungkaran, maka rubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, rubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya; dan hal itu adalah selemah-lemah iman.’ (Riwayat Muslim)
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Bahagia menanti saat kembali "