FENOMENA hari ini adalah satu yang baharu iaitu kebergantungan kita kepada kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) yang terdapat pada komputer atau gajet dalam membuat operasi atau sesuatu keputusan.
Hidup ini sebenarnya kitalah yang membuat keputusan tetapi keputusan tersebut diserahkan kepada mesin atau lebih tepat lagi diserahkan kepada AI. Apakah semakin canggih dunia ini manusia itu akan semakin kurang manusiawinya?
Di manakah limit kehidupan kita ini apabila semua peranan manusia telah kita serahkan kepada AI. Di manakah peranan agama di tengah-tengah ledakan teknologi ini. Apakah peranan agama ini juga akan diambil alih AI?
Cuba kita bandingkan kitab al-Quran dengan al-Quran digital. Kitab al-Quran kita gunakan hanya mampu dibaca tanpa memahami makna walau sepatah pun. Mungkin dari satu sudut, kita mendapat pahala membaca tetapi apa lebih penting ialah kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada setiap ayat yang dibaca itu.
Kini, di era digital, kesemua permasalahan yang dinyatakan di atas tadi telah dapat diatasi dengan AI. Al-Quran digital diperkenalkan dan ia merupakan pendigitalan kesemua ayat suci al-Quran serta diproses menggunakan AI yang terdapat dalam peranti tersebut untuk mendapatkan output.
Al-Quran digital ini mampu untuk memperdengarkan bacaan daripada kalangan qari terkenal seperti Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Sudais, dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
Al-quran digital ini juga mampu untuk menterjemahkan setiap ayat dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa yang terdapat di dunia ini. Dengan menggunakan al-Quran digital ini juga kita mampu mencari surah dan ayat yang dikehendaki dalam masa beberapa saat sahaja menggunakan search engine yang disediakan. Ayat suci al-Quran tersebut juga dapat dikaitkan link dengan hadis berkaitan.
Apa yang ingin saya ketengahkan untuk difikirkan, apakah peranan tahfiz (orang yang menghafal al-Quran) dan peranan al-Quran digital ini? Secara am, kesemua peranan tahfiz tersebut telah diambil alih oleh AI.
Sekiranya kita berpandangan peranan tahfiz itu hanya untuk menghafal ayat suci al-Quran sahaja, maka kita boleh lihat peranan tersebut telah diambil alih oleh al-Quran digital. Hanya, apa yang tidak mampu dilakukan al-Quran digital ialah mengambil pengajaran daripada setiap ayat suci al-Quran itu. Maka, peranan inilah yang sepatutnya dipergiatkan lagi agar sifat-sifat manusiawi tu tidak ditelan revolusi digital.
Program AI pada dasarnya lebih baik daripada manusia dalam meramal sesuatu seperti meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.
Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari.
Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Contohnya, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh komposer terkenal. Itulah antara gambaran betapa hebatnya kemampuan AI yang dicipta manusia pada masa kini. Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain, apakah dunia ini sedang menuju kehancuran?
Menurut Profesor Stephen Hawking, kecerdasan buatan artificial intelligence yang dicipta masa kini terbukti sangat bermanfaat, namun beliau bimbang teknologi ini yang akhirnya melampaui kemampuan otak manusia.
Teknologi yang dicipta kini adalah dalam bentuk rangkaian atau sarang labah-labah atau dikenali juga sebagai www (world wide web). Kesemua aplikasi perlu disatukan dalam talian untuk kemas kini, muat naik, muat turun dan pelbagai aktiviti.
Semua manusia di dunia ini bergantung kepada jaringan ini untuk urusan kehidupan mereka. Kita tidak dapat bayangkan kalau jaringan www dioffkan di seluruh dunia. Semua sistem perbankan, sistem keselamatan, kawalan ruang udara akan lumpuh dan begitu juga sistem yang lain.
NOR AZARUDDIN HUSNI NURUDDIN - Penulis ialah Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

0 Komentar untuk " Kebergantungan pada komputer "