DALAM politik Malaysia, sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional beranjak-anjak dari masa ke masa. Itu ialah hakikat. Persepsi untuk itu memang pelbagai, kerana politik sebagai cabang sains sosial bergerak dalam ruang tafsiran terbuka.
Pengkaji yang menggunakan pendekatan berbeza-beza tiba pada kesimpulan berlainan, seterusnya pengkaji yang membebaskan pendekatan akan mempunyai rumusan yang lebih asing.
Bicara ini akan memaparkan tahap lapisan permukaan saja tentang perkara tersebut. Umno dan Barisan Nasional amat kuat pada awal dekad 1970an kerana usaha gigih Tun Abdul Razak Hussain sebagai Perdana Menteri yang melancarkan Dasar Ekonomi Baru.
Beliaulah yang memperluas Parti Perikatan menjadi Barisan Nasional.
Pas menyertai Barisan Nasional kerana tertarik dengan kerja kuat dan keikhlasan Tun Razak. Namun, pemimpin pelajar yang hebat ketika itu, Anwar Ibrahim tidak menyokong Tun Razak, sebagaimana beliau kini tidak menyokong anak Tun Razak.
Dapatlah kita katakan bahawa Pas mendahului Anwar dalam ‘pertandingan’ menyertai Barisan Nasional. Untuk menyertai Umno, Anwar menunggu masa yang jauh ke hadapan, iaitu apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Selepas itu, kita dapati Mahathir dan Anwar sama-sama menjadi kuat kerana mereka saling membantu.
Rakyat yang berusia kira-kira 60 tahun amat masak dengan kisah di atas. Saya menurunkan perkara yang diketahui umum itu agar kita semua tidak terlalai dalam menilai kaedah politik Mahathir dan Anwar.
Sekarang, hasil kehandalan politik mereka berdua, golongan yang dahulunya bersatu sudah terbahagi dua, sebahagian menjadi penyokong kerajaan, dan sebahagian lagi menyokong pembangkang. Selain itu, saya ingin menyarankan betapa benarnya idea bahawa dalam politik segala hal boleh terjadi.
Telah saya sebutkan persepsi boleh dicari. Dalam Suara Keadilan, 2 Disember 2014, Wira Rakyat memberikan huraiannya. Menurut penganalisis itu, rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional dalam PRU 1986 dan 1995.
Kedua-dua PRU yang dimaksudkan itu berlaku dalam zaman Mahathir. Agak aneh hal ‘sokongan padu’ kepada Barisan Nasional berada dalam makalah Wira Rakyat, namun itu baik untuk kita memahami sumbangan Anwar.
Semua orang tahu Anwar mempunyai keupayaan peribadi dalam melaksanakan agenda politik, dan itulah alasan terkuat mengapakah DAP dan Pas sejauh ini tidak bersedia meninggalkannya, atau lebih tepat lagi kedua-dua parti itu tidak sanggup ditinggalkan oleh Anwar.
Makalah lain dalam Suara Keadilan terbitan yang sama berada dalam klise biasa, misalnya Arif Sabri menyebutkan kata-kata ‘penipu’, ‘lanun’ dan beberapa lagi, ditujukan kepada pemerintah.
Itu tidak mengapa, cuma dari segi daya tarikan, karangan Wira Rakyat mendorong kita berfikir secara tenteram. Dengan menggunakan akal fikiran tenteram, kita dapat memahami keseluruhan fenomena politik di Malaysia, tanpa sakit hati dan tanpa gangguan emosi.
Kerajaan Tun Razak kuat kerana penyertaan Pas, dan kerajaan Tun Mahathir kuat kerana penyertaan Anwar. Kini kerajaan Datuk Seri Najib perlu mencapai kekuatan yang sedemikian.
Saya kira, dengan merebaknya berita dan pandangan melalui media sosial, dalam suasana kini, Najib tidak memerlukan tokoh yang tiba-tiba singgah. Jika istilah Marwilis Haji Yusof mahu digunakan, Najib dan kumpulannya sekarang mestilah berusaha mempertajam akal dan memperbaiki strategi untuk ‘melibas’ pembangkang. Libasan itu tidak boleh dengan tangan kosong. Usaha meyakinkan rakyat melalui program-program yang menyenangkan hati mereka hendaklah diteruskan.
Daripada kaca mata pembangkang, kerajaan tidak disenangi rakyat kerana pemansuhan subsidi, pengenalan GST dan beberapa lagi.
Sebenarnya, hal-hal begitu berada dalam tanda tanya yang besar, iaitu: Adakah tindakan kerajaan akan membawa kebaikan atau sebaliknya kepada rakyat? Kerajaan bergiat memperjelas maksud tindakannya, bahawa secara umumnya kerajaan berniat untuk menjadikan golongan miskin kurang dibebani dalam kegiatan ekonomi harian.
BRIM diteruskan untuk maksud yang sama. Dalam pada itu, bagi melaksanakan tujuan, janganlah muncul ketara golongan kapitalis rakus. Jika semua ini terjaga, tidak mustahil Umno dan BN akan sekuat dulu.
* Datuk Rahman Shaari ialah penerima Sea Write Award daripada Kerajaan Thailand (2007), dan penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau ialah mantan profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

0 Komentar untuk " Akan sekuat dulukah Umno dan BN? "