SEJAK akhir-akhir ini wujud semacam perlumbaan dalam masyarakat Islam untuk menganjurkan majlis perkahwinan secara mewah. Lebih membimbangkan apabila kecenderungan bermewah sebegini membawa perlakuan yang memudaratkan.
Banyak kes perceraian kini turut dikaitkan dengan masalah kewangan lantaran bebanan hutang yang tidak mampu dibayar selepas beberapa tahun tempoh perkahwinan.
Hakikat harus difahami dalam Islam, walaupun perkahwinan adalah perkara mulia, bahkan dalam keadaan tertentu boleh jatuh hukum wajib bagi seseorang yang memenuhi syaratnya, manakala majlis keraian perkahwinan adalah sunat.
Prinsip perbelanjaan dalam Islam termasuk dalam konteks penganjuran majlis perkahwinan mestilah berpaksikan kepada kesederhanaan.
Dalam hadis dikhabarkan tatkala seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abdul Rahman bin Auf hendak melakukan perkahwinan, maka Baginda SAW bersabda kepadanya: “Hendaklah kamu mengadakan walimah (majlis kenduri) walaupun dengan seekor kambing.”
Menelusuri sabdaan Nabi Muhammad SAW ini ada maksud tersirat yang penting nilainya untuk difahami umat Islam. Seperti yang diketahui Abdul Rahman bin Auf merupakan antara sahabat Nabi terkaya atau ahli korporat besar dalam istilah dunia moden hari ini.
Ini sekali gus menegaskan falsafah dan prinsip penganjuran perkahwinan dalam Islam bukan bersifat bermewah, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
Lebih menggusarkan penulis, apabila falsafah perkahwinan itu semakin disongsangkan, seolah-olah kebahagiaan hanya terjelma apabila mendapat pasangan hartawan, model rupawan atau nilai hantaran yang disediakan.
Sebaliknya prinsip dan nilai keagamaanlah yang seharusnya mendasari perhitungan dan menerasi cita rasa umat dalam membentuk perkahwinan yang sempurna dan penuh barakah.
Agama semestinya menjadi kayu ukur terpenting dalam memperhitungkan neraca kebahagiaan dan memastikan sesuatu perkahwinan berkekalan hingga ke penghujung hayat insan.
Oleh itu, dalam konteks perkahwinan ini Rasulullah SAW melarang pasangan berkahwin tanpa memperhitungkan faktor agama. Sabda Baginda SAW: “Janganlah kamu mengahwini perempuan semata-mata kerana kejelitaannya, kerana mungkin ia akan membawa mereka kepada keburukan.
Dan jangan kerana kekayaannya, kerana mungkin ia akan mendorong mereka kepada kezaliman. Sebaliknya kahwinilah perempuan kerana agamanya.” (Riwayat Ibn Majah)
Dalam hadis lain, kecantikan dan kekayaan juga merupakan sebahagian daripada empat faktor yang perlu diambil kira selain agama dan keturunan dalam memilih pasangan hidup.
Namun faktor agamalah yang lebih utama dalam perkahwinan kerana ia merupakan kebahagiaan hakiki yang mampu dikecap dalam realiti hidup berkeluarga.
In sejajar dengan matlamat perkahwinan iaitu untuk mencapai kerahmatan dan keberkatan ALLAH sebagaimana terungkap dalam Surah Ar-Rum ayat 21.
Perkahwinan itu anugerah ALLAH yang menumbuhkan pula rasa keterikatan dengan hukum dan nilai ketuhanan. Perkahwinan yang didirikan secara halal berteraskan aturan agama pasti membawa keberkatan. Ulama mendefinisikan barakah sebagai nikmat ALLAH yang dikurniakan dalam dua bentuk.
Pertama, as-Sa’adah iaitu nilai kebahagiaan hakiki yang mampu menatijahkan ketenteraman jiwa, keharmonian rumah tangga dan sikap bekerjasama hingga tersemai rasa kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah) suami isteri.
Kedua, az-Ziadah iaitu penambahan nikmat berterusan oleh ALLAH, hinggakan tidak pernah timbul perasaan tidak cukup atas segala rezeki pemberian ALLAH kepadanya.
Barakah adalah suatu nilai yang dapat mendisiplinkan perilaku seseorang dalam membentuk budaya perkahwinan yang kudus. Umpamanya dalam isu mas kahwin,
seseorang pastilah akan bersandarkan sunnah Nabawi yang menyebut: “Sesungguhnya sebesar-besar berkat perkahwinan ialah yang sedikit mas kahwinnya”. Justeru tidak timbullah polemik kecelaruan nilai yang melingkari budaya perkahwinan hari ini yang kadangkala melewati batas hukum, akhlak dan tradisi.
Inilah hakikat falsafah perkahwinan terpenting sebagaimana digariskan syarak atau disebut sebagai Maqasid as-Syariah dalam aspek perkahwinan.
Perkahwinan yang diberkati akan menjelmakan sebuah keluarga sempurna, sekali gus menjana pembentukan masyarakat yang kukuh dan utuh berlandaskan prinsip dan norma Islam sejati.
*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Pemurnian makna perkahwinan "