SIKAP pentingkan diri ditekankan oleh Adam Smith, yang diangkat oleh Barat sebagai bapa ekonomi melalui karya agungnya The Wealth of Nations yang diterbitkan pada 1776. Sikap inilah menjelaskan mengenai pasaran bebas dan kononnya akhirnya memberi kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya. Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands adalah contoh pasaran bebas yang bersikap individualistik demi wang ringgit.
Tragedi ini sebenarnya tidak begitu mengejutkan. Saya masih ingat kata-kata seorang peniaga wanita Melayu yang agak berusia semasa singgah di Cameron Highlands pada April lalu. Peniaga ini asalnya dari Ipoh dan telah yang menetap di Cameron Highlands berpuluh-puluh tahun lamanya. Katanya, Cameron Highlands sekarang tidak sesejuk dahulu.
“Silap orang sini juga, mereka sesuka hati meneroka tanah untuk pertanian,” katanya. Menurutnya lagi, peneroka-peneroka haram tidak bimbang dengan tindakan pihak berkuasa. Mereka ini berwang, kalau kena tindakan seperti denda pun berapalah sangat bagi mereka. Hari ini kena denda, bayar sahaja, bisnes tetap seperti biasa esoknya. Apabila berlaku sekali lagi kejadian sebegini, siapa yang perlu dipersalahkan? Semuanya angkara tangan-tangan manusia itu sendiri.
Tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands, Insya-Allah tidak akan berlaku jika manusia tidak pentingkan diri hanya untuk mendapat keuntungan lumayan sampaikan sanggup memusnahkan pasak-pasak bumi yang selama ini menjadi benteng melindungi mereka daripada bencana.
Kebanjiran warga asing dari Bangladesh dan Indonesi di sana juga tidak ubah seperti berada di luar negara. Seorang rakan saya berpendapat Cameron Highlands sudah mula kelihatan seperti perkampungan setinggan. Sesak dengan rumah-rumah kongsi yang diduduki warga asing.
Itu belum membicarakan kisah peniaga mahupun pembantunya yang mengaku kesemua sayur yang dijual di situ berasal dari Cameron Highlands, walhal sebenarnya ada di antaranya diimport. Tidak mengapalah meskipun terpaksa menipu pembeli. Tragedi banjir lumpur ini telah membongkar sifat tamak manusia yang mementingkan diri sendiri yang akhirnya merugikan mereka dan generasi akan datang.
Sikap pentingkan diri ini juga jelas dalam kes peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Minggu lalu, PTPTN mengumumkan langkah mengurangkan pembiayaan pinjaman. Pengurangan sebanyak 5 dan 15 peratus pinjaman itu ekoran ramai peminjam yang tamat belajar tidak mahu membayar hutang mereka.
Kisah peminjam PTPTN yang tidak mahu membayar hutang sewajarnya membimbangkan kita. Ia mencerminkan tiada langsung rasa tanggungjawab dalam kalangan peminjam berpelajaran tinggi.
Bagi peminjam beragama Islam, mereka sudah tentu tahu apa pun berlaku hatta sejurus meninggal dunia sekali pun hutang tetap perlu dibayar oleh waris. Tetapi entah mana silapnya ramai di antara mereka tidak mahu membayar walau sesen pun. Apabila PTPTN ingin mengambil tindakan seperti menyenarai hitamkan mereka, mereka tidak puas hati. Jadi bagaimana lagi mahu diambil tindakan agar mereka ini membayar hutang? Mereka wajib meletakkan diri mereka sebagaimana yang berlaku kepada PTPTN sekarang ini. Baharulah mereka tahu betapa mereka telah menganiaya PTPTN.
Ekoran pengurangan kadar pinjaman PTPTN, ada pihak yang tidak bersetuju. Lebih baik pihak yang tidak bersetuju ini mengambil tindakan kepada peminjam tegar yang sebenarnya menyusahkan mereka.
PTPTN tidak sepatutnya dipersalahkan. Kalau pinjaman tidak dibayar mana mungkin PTPTN mampu menyediakan dana yang secukupnya untuk pelajar lain. Bank terbesar di dunia pun boleh bankrap jika kebanyakan peminjam tidak mahu membayar hutang mereka.
Itu bank. PTPTN bukannya bank bermotifkan keuntungan. Kos pentadbiran tiga peratus pun boleh dikurangkan kepada hanya satu peratus. Tiada bank yang sanggup menawarkan pinjaman dengan kadar serendah ini.
Kisah peminjam tegar PTPTN ini mengingatkan saya kisah seorang jutawan perabot dan cat di China yang cuba menghadiahkan wang tunai bernilai RM530,000 kepada seorang wanita yang pernah membantunya semasa hidupnya bergelandangan 21 tahun lalu. Namun, hadiah itu ditolak oleh wanita berkenaan. Jutawan tersebut menggantikannya dengan plak bertulisan Cina yang tertera ayat “Rasa terhutang budi sama beratnya dengan sebuah gunung”.
Kisah ini membuktikan masih ada pihak yang tahu mengenang budi orang lain manakala di satu pihak lain pula tidak mengharapkanbalasan dan sanggup membantu orang lain meskipun diri sendiri pun hidup susah. Baginya wang bukanlah segala-galanya.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/wang-dan-sikap-individualistik-1.22965#sthash.Lol8vVVR.dpuf

0 Komentar untuk " Wang dan sikap individualistik "