Pemandangan Lembah Bertam, Cameron Highlands selepas banjir diambil dari udara baru-baru ini.
ISU kemusnahan alam sekitar yang melanda Cameron Highlands bukanlah perkara kecil kerana ia meletakkan ribuan penduduk di kawasan tanah tinggi itu berada dalam bahaya. Berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur dua tahun berturut-turut sudah memberi petanda kawasan pelancongan itu sentiasa dalam bahaya.
Segala-galanya berlaku kerana penerokaan tanah tidak terkawal disebabkan pelbagai faktor termasuklah dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kalangan segelintir pegawai pejabat daerah.
Apa yang melucukan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri dalam sidang akhbar baru-baru ini mengakui penerokaan tanah secara berleluasa mengancam alam sekitar Cameron Highlands. Tetapi persoalannya apa yang beliau lakukan? Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani perkara ini? Apakah sekadar mengeluh atau hanya bijak memandang sinis laporan media semata-mata?
Seharusnya kerajaan negeri Pahang khususnya Adnan perlu mengakui apa yang berlaku di tanah tinggi itu adalah kegagalan besar pentadbiran beliau bagi memastikan Cameron Highlands bebas daripada sebarang ancaman kemusnahan alam sekitar.
Tetapi keadaan itu tidak berlaku kerana kerajaan negeri seolah-olah lebih sibuk perkara lain sehingga terlepas pandang nyawa penduduk Cameron Highlands dalam bahaya.
Kerajaan negeri lebih prihatin untuk mengaut keuntungan daripada industri pertanian di kawasan tersebut tanpa melihat kesannya dari semasa ke semasa kepada alam sekitar.
Apabila perkara itu didedahkan oleh media termasuklah kebanjiran warga asing di Cameron Highlands, Adnan mempersoalkan kembali siapa yang mahu bekerja di kebun sayur jika pendatang-pendatang asing itu ditangkap.
Mengikut statistik pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun 2010, jumlah warga asing yang kita percaya majoritinya bekerja di sektor pertanian ialah sebanyak 4,800, tetapi melalui jumlah terbaru yang diumumkan oleh Adnan, jumlah mereka ialah 25,883 orang.
Ia berdasarkan perkiraan terdapat 7,528 hektar tanah di Cameron Highlands digunakan secara sah untuk pelbagai kegiatan tanaman seperti kebun teh, sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan dengan setiap satu hektar memerlukan empat orang tenaga kerja. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang bekerja di kebun-kebun secara haram.
Melalui statistik itu fahamlah kita kenapakah kemusnahan alam sekitar boleh berlaku di Cameron Highlands, bayangkanlah jika pada tahun 2010 terdapat 4,800 warga asing ia kini menghampiri 26,000 orang maknanya dalam tempoh empat tahun, jumlah pendatang asing di situ meningkat hampir 22,000 orang.
Ia juga sekaligus membolehkan kita membuat tafsiran bahawa dalam tempoh empat tahun hampir 6,500 hektar tanah diteroka, patutlah Cameron Highlands ‘punah ranah’. Kalaulah Adnan memberi alasan kerajaan negeri sudah melakukan langkah pencegahan tidak mungkin tanah tinggi itu berhadapan dengan bencana.
Akuilah sahaja bahawa beliau sebenarnya gagal untuk memastikan daerah tersebut tidak menjadi ‘mangsa’ kerakusan manusia melakukan penerokaan tanah. Tidak payahlah berdolak-dalik atau memberikan seribu satu alasan yang memualkan.
Kita juga ingin bertanya apabila beliau berkata, ‘’Walaupun kerajaan negeri sudah mengambil pelbagai langkah pencegahan namun atas kesilapan manusia yang alpa menyebabkan kejadian banjir lumpur yang pernah melanda kawasan berkenaan tahun lepas berulang kembali.’’ – Soalnya siapakah sebenarnya alpa? Penduduk atau kerajaan negeri serta agensi-agensinya?
Justeru masih belum terlambat untuk Adnan sebagai Menteri Besar ‘paling berpengalaman’ untuk menangani masalah Cameron Highlands dengan rasional dan bukannya emosional.
Lakukanlah langkah-langkah segera termasuklah mengambil tindakan tegas kepada mereka yang meneroka secara haram. Jangan biarkan ada mana-mana pihak berasa ‘kebal’ dari segi tindakan undang-undang hanya kerana sudah ‘menguasai’ individu berpengaruh.
Begitu juga dalam soal menangani warga asing di Cameron Highlands, terima kasih dan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan operasi bersepadu dilakukan bagi menangkap kumpulan tersebut.
Usahlah kita bimbang tidak bertempat seperti mana ditunjukkan oleh Adnan bahawa kalau warga asing ditahan siapa yang mahu bekerja di kebun sayur. Kita memahami Cameron Highlands penyumbang kepada ekonomi dalam sektor pertanian tetapi itu tidak bermaksud kita harus membiarkan warga asing ‘bermaharajalela’ di tanah tinggi tersebut.
Oleh itu, operasi bersepadu bagi menahan warga asing yang melanggar undang-undang perlu diteruskan dari semasa ke semasa.
Selain itu, adalah wajar jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkatkan siasatan bagi mencari punca kenapa begitu mudah penerokaan tanah haram boleh berlaku di Cameron Highlands.
Kegiatan yang memusnahkan alam sekitar itu tidak akan mungkin berlaku, kalau tidak wujud pegawai-pegawai kerajaan yang mengkhianati amanah untuk menjaga daerah tersebut.
Oleh itu untuk sekian kalinya, lakukan tindakan untuk mengembalikan semula ‘ketenteraman dan kedamaian’ Cameron Highlands dengan memastikan penerokaan tanah secara melampau dan haram dihentikan manakala kebanjiran warga asing diselesaikan.
Sekarang bukanlah masa untuk beremosi dan berfikiran negatif kerana Cameron Highlands bagaikan sedang menjerit berikutan pelbagai gejala dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku ‘di tubuhnya’.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bertindak-rasional-bukan-emosional-1.22968#sthash.zlOxNr3n.dpuf

0 Komentar untuk " Bertindak rasional bukan emosional "