PETALING JAYA - Kerajaan perlu melipatgandakan usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini untuk mengekang ancaman puak militan Islam, kata ahli akademik, Dr Mohd Faizal Musa hari ini.
Beliau berkata sebagai langkah pertama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil inisiatif menganjurkan dialog dengan pelbagai kumpulan Islam untuk merangka program dan rancangan bagi melaksanakan kegiatan ke arah memupuk perpaduan.
Kata beliau, Jakim boleh menghimpunkan semua jabatan agama, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) dan pertubuhan berasaskan Islam lain untuk menyelaraskan kegiatan mengenai perpaduan.
Felo penyelidik daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia itu memberitahu Bernama bahawa kewujudan sebuah masyarakat Islam yang benar-benar bersatu amat diperlukan bagi menghadapi kepulangan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad.
Pada 15 Oktober, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, polis mengenal pasti 39 rakyat Malaysia, termasuk seorang wanita yang terlibat dengan kumpulan militan seperti kumpulan dikenali sebagai IS di Syria dan Iraq.
Oleh kerana ada dalam kalangan mereka kembali ke tanah air, maka wujud kebimbangan mereka mungkin mempengaruhi golongan muda supaya menyertai perjuangan mereka.
Mohd Faizal berkata dengan wujudnya perpaduan kukuh dalam kalangan umat Islam, kumpulan itu tidak akan berjaya melaksanakan rancangan mereka.
Katanya Islam menganjurkan keamanan dan kasih sayang sesama manusia dan mesej ini perlu diamalkan dalam program perpaduan. - Bernama

0 Komentar untuk " Umat Islam diseru bersatu kekang ancaman militan "