KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) menduduki tempat 90 daripada 100 syarikat di Malaysia yang paling mendapat tempat di hati graduan bagi memohon pekerjaan.
Syarikat penerbitan terbesar milik Bumiputera ini turut menduduki tempat ketiga dalam kategori syarikat paling popular dalam bidang media dan penerbitan.
Pengiktirafan itu diberikan dalam Majlis Anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers anjuran GTI Media Asia yang diadakan, baru-baru ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Karangkraf majikan impian graduan]
Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia Karangkraf, Ahmad Nazri Mohd Noor berkata, pengiktirafan tersebut merupakan penghormatan kepada syarikat ini kerana ia merupakan kali pertama Karangkraf tercalon dalam anugerah itu.
Katanya, anugerah tersebut juga menjadi bukti Karangkraf sentiasa menjaga kebajikan kesemua pekerja dalam pelbagai aspek.
"Alhamdulillah, kami bersyukur kepada ALLAH kerana berada di dalam kategori ini,” katanya.
Ahmad Nazri berkata, Karangkraf dari semasa ke semasa, akan mempertingkatkan pelbagai faedah untuk diberikan kepada pekerja supaya mereka terus gembira di Karangkraf.
Dalam majlis tersebut, syarikat perbankan Maybank menggondol empat anugerah serta anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Majikan Graduan 2014 yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

0 Komentar untuk " Karangkraf antara majikan paling popular "