Apalah agaknya dalam fikiran ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling apabila polis Perak akhirnya memberi reaksi positif susulan laporan siasatan akhbar ini tentang berleluasanya kegiatan jenayah di Kuala Sepetang.Yee Ling sebelum ini begitu bersungguh-sungguh menafikan laporan itu dan secara sinis menyatakan masalah sebenar di Kuala Sepetang ialah prasarana. Beliau malah menyifatkan laporan itu sebagai agak lucu.
“Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan,” katanya seperti dipetik oleh media termasuk portal propembangkang.
Setakat 2 November lalu, sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan sekitar Kuala Sepetang bagi menafikan laporan bersiri Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia itu.Selain penduduk yang membuat laporan polis, 10 laporan dilakukan oleh sebuah NGO yang namanya pun tidak pernah didengar sebelum ini. Laporan polis yang dibuat ini agak mencurigakan, seperti ada perancangan untuk tujuan tertentu. Kalau ada, siapakah di belakang pihak terbabit? Mengapakah ada pihak yang begitu 'gementar' dengan siri laporan tersebut?
Tindakan polis Perak membentuk kerjasama bersepadu melibatkan pelbagai agensi bagi memerangi kegiatan jenayah dan penyelewengan yang berlaku di Kuala Sepetang tentulah ada asasnya. Jarang-jarang polis bertindak mengumpulkan sumber dan kekuatan yang ada jika tiada yang 'serius’ berlaku. Isu di Kuala Sepetang dan tempat-tempat lain juga ada kaitan dengan masalah integriti penguat kuasa.
Kita pun ternanti-nanti hasil kerjasama yang melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa ini. Kuala Sepetang hanyalah satu kisah yang nantinya akan menggambarkan pihak berkuasa sebenarnya lebih 'berkuasa' serta tidak mudah dibeli dan dibuli oleh kumpulan samseng, kongsi gelap mahupun sindiket. Terdapat banyak penempatan nelayan - Kuala Sepetang, Pangkor dan Hutan Melintang - di kawasan sebelah pantai barat dipercayai terbabit dengan pelbagai jenayah berat. Ini diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga tinggal di kawasan nelayan.
DAP, PKR dan Pas sendiri dalam setiap pilihan raya tanpa terkecuali menjadikan isu jenayah dan rasuah sebagai modal utama kempen. Mereka menghentam kerajaan yang ada atas dakwaan gagal mengawal jenayah dan membanteras rasuah. Jenayah dan rasuah adalah alasan utama agar kerajaan yang ada ditukar. Jadi, merekalah yang sepatutnya turut menjadi juara dan sentiasa mengalu-alukan apa juga perkara yang bertujuan untuk membanteras jenayah dan gejala rasuah terutama dalam kalangan penguat kuasa. Mengapa mahu bertindak sebaliknya?
Diperangi
Jika benar-benar jujur, jenayah dan rasuah yang mereka selalu canangkan serius itu perlu diperangi habis-habisan. Berikan semangat kalau tidak pun anugerah kepada mereka termasuk media yang menyumbang kepada pembanterasan jenayah dan rasuah. Jika itu tidak mampu mereka lakukan, adalah lebih baik berdiam diri. Jangan bersikap seolah-olah mahu memelihara jenayah dan rasuah agar boleh terus dijadikan modal kempen bagi merebut kekuasaan pada masa akan datang.
Kepada yang ada kuasa dan pengaruh, gunakan segala kelebihan itu. Jangan hanya memberikan alasan demi alasan dan menuding jari kepada pihak lain. Begitu juga halnya apabila cerita Cameron Highlands 'ditawan' warga asing dan penerokaan tanah haram di tanah tinggi didedahkan. Sekali lagi laporan siasatan akhbar ini tentang aktiviti merosakkan itu bertujuan membuka mata banyak pihak agar lebih serius mengawal pembangunan di daerah tanah tinggi tersebut yang antara lain dipercayai akibat penyelewengan pihak berkuasa.
Banjir lumpur yang mengorbankan nyawa dan memusnahkan banyak harta benda adalah kesan daripada penerokaan tanah haram tanpa kawalan. Laporan media mengenainya sudah berulang kali dibuat terutama setiap kali bencana banjir lumpur berlaku. Tetapi hasilnya setakat ini adalah nihil. Ada pula pembesar yang diberi amanah untuk memegang kuasa memandang sinis laporan itu. Pembesar itu malah menganggapnya sebagai laporan yang disensasikan untuk melariskan jualan akhbar.
Benar, pembesar itu berhak membuat rumusan sedemikian rupa. Tetapi yang lebih utama untuk beliau lakukan ialah mencari jalan mengatasi masalah penerokaan tanah haram secara berleluasa di Cameron Highlands yang sebahagiannya sengaja dibuat, bukan melepaskan masalah ke bahu orang lain. Apa juga undang-undang dan peraturan yang mereka sendiri luluskan seharusnya dikuatkuasakan bukan dilanggar. Selepas setahun, banjir lumpur Cameron Highlands itu datang lagi. Kali ini mengorbankan lima nyawa. Kesan lainnya, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM40 juta untuk mengatasi masalah banjir di Cameron Highlands setahun lalu. Berikutan banjir yang terbaharu itu, menteri berkaitan menjangkakan peruntukan RM40 juta lagi.
Benarlah kejujuran masih menjadi barang mahal di negeri ini. Kejujuran tenggelam dalam nafsu mengejar kemewahan dan kekuasaan. Dari waktu ke waktu kita membiarkan pula kejujuran itu menjadi seperti rumput semalu. Kejujuran begitu mudah kuncup sebaik-baik sahaja tersentuh dengan wang ringgit. Gambaran yang diberikan kepada penguat kuasa kita dalam beberapa bulan ini – daripada isu minyak subsidi, cukai rokok dan arak, mesin judi haram dan pembalakan – sepatutnya mengetuk pintu hati para pembesar untuk menggandakan usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. Isu integriti penguat kuasa boleh dianggap cukup serius kerana sudah di peringkat dilakukan secara berkumpulan. Bayangkan, dalam mengatasi mesin judi haram, pengintip polis terpaksa dikerah untuk mengawasi ketua polis daerah.
Sepatutnya ahli politik khususnya yang memegang kuasa mengalu-alukan laporan media mengenai aktiviti perlakuan jenayah dan rasuah. Bukan mudah untuk mendedahkan hal-hal sebegini. Siasatan termasuk di lapangan perlu dilakukan penuh berhati-hati dan teliti kerana risikonya amat besar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/sukarnya-mencari-kejujuran-1.22461#sthash.tltJVsxy.dpuf

0 Komentar untuk " Sukarnya mencari kejujuran "