Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee berkata kepada hadiri di forum 'Haruskah kita mempunyai sekolah satu aliran di Malaysia?', di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 November, 2014.
Perdebatan sama ada untuk memansuhkan sekolah vernakular atau tidak digunakan ahli politik Malaysia bagi mencipta nama berbanding menggunakan alasan kukuh berdasarkan fakta, kata pakar dalam forum yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Mereka berkata tuduhan pemimpin kumpulan ekstremis Melayu yang menyatakan sekolah vernakular menyebabkan rakyat tidak bersatu padu tidak mempunyai asas dan tidak disokong dengan bukti.
Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) – yang diwakili sesetengah daripada ahli politik ini– sudah menjelaskan tiada bukti mengesahkan pendidikan vernakular menyebabkan masyarakat berpecah.
“Tiada bukti juga Sekolah Kebangsaan menyebabkan perpaduan,” kata Lim pada forum bertajuk ‘Haruskah kita mempunyai sekolah satu aliran di Malaysia?’, malam tadi.
“Mereka ini tidak mempunyai bukti untuk menguatkan hujah mereka. Realitinya tiada bukti sistem sekolah vernakular kita menyebabkan pepecahan,” katanya.
Sekolah rendah adalah wajib di Malaysia dengan sekolah menggunakan Bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil sebagai bahasa pengantar.
Tetapi akhir-akhir ini, sekolah swasta yang tumbuh bagaikan cendawan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pilihan.
Lim daripada Center for Policy Initiatives (CPI) berkata, ironinya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyebabkan pepecahan di kalangan pelajar semakin teruk.
Ini kerana menurut Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB), kerajaan mengurangkan dana kepada program untuk menyatupadukan pelajar dari jenis sekolah rendah yang berbeza.
Forum itu dianjurkan untuk membincangkan tentang perdebatan sama ada sekolah vernakular menyebabkan pepecahan seperti mana dakwaan dibuat baru-baru ini oleh pemimpin kumpulan ekstremis Melayu dan ahli politik Umno.
Mereka meminta kerajaan memansuhkan sistem sekolah vernakular kerana ianya menyebabkan pepecahan di kalangan Melayu, Cina dan India.
Mereka percaya semua pelajar perlu dipaksa menyertai sekolah satu aliran.
Lim berkata, secara logistiknya, mustahil untuk memansuhkan 1,300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang sekarang ini mempunyai 700,000 pelajar.
“Penulis NEB juga mengatakan kepelbagaian dalam sistem persekolahan kita merupakan satu kelebihan dan menggesa kerajaan menyokong mereka.
“Untuk perpaduan di kalangan pelajar NEB mahu kerajaan mengembangkan lagi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup),” kata Lim.
Sebaliknya, dana untuk program Rimup semakin berkurangan sejak ia mula-mula dilancarkan pada 2007. Pada tahun itu, Rimup menerima RM25.4 juta tetapi pada 2011 mereka hanya menerima RM2.4 juta, katanya.
Wan Saiful Wan Jan daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata ahli politik yang bercakap tentang perpaduan kelihatan hipokrit kerana mewakili parti berasaskan etnik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 November, 2014.

Seorang lagi ahli panel Wan Saiful Wan Jan daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, ahli politik yang bercakap tentang perpaduan nasional ironinya datang daripada parti berasaskan etnik.
“Apakah ini hipokrasi apabila kita bercakap tentang perpaduan. Dan mereka menyalahkan sekolah-sekolah kita,” kata Wan Saiful.
Katanya, keseluruhan sistem persekolahan negara perlu dirombak untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa.
Wan Saiful berkata, sistem sedia ada sekarang ini berdasarkan kepada model Empayar Prusia pada 1806 yang lebih sesuai untuk melahirkan tentera berbanding pemikir.
Katanya, daripada memberikan dana kepada sekolah, lebih baik ia disalurkan secara langsung kepada pelajar dan ibu bapa untuk membolehkan memilih sekolah mana yang mereka suka.
Menurut model ini, kerajaan akan menetapkan standard minimum kecemerlangan akademik dan mengekalkan peperiksaan awam. Tetapi sekolah perlu bersaing untuk mendapatkan pelajar.
“Akhirnya, ibu bapa akan memilih kualiti. Dan debat mengenai sekolah jenis mana yang patut dapat lebih banyak dana akan berakhir,” katanya.
Sistem ini juga akan memberikan pilihan kepada pelajar untuk mempelajari bahasa ibunda mereka yang merupakan cara paling efektif mempelajari ilmu pengetahuan.
Ini dipersetujui Penasihat Yayasan Tamil K Arumugam yang mana kumpulannya melakukan kerja menyokong pendidikan sekolah rendah Tamil.
Menurut kajian dilakukan ahli akademik tempatan, pelajar miskin kaum India yang belajar di sekolah kebangsaan lebih buruk keputusannya berbanding yang belajar di sekolah rendah Tamil.
“Sebab itu kami menentang polisi pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris. Ini kerana lebih cepat untuk memahami konsep sains dan matematik menggunakan bahasa ibunda,” katanya.
Semua ahli panel bersetuju polisi kerajaan yang menyebabkan perpecahan kerana melebihkan kaum tertentu.
Contohnya menurut Arumugam, kerajaan mendanai institusi hanya untuk Bumiputera seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi tidak memberikan perkara sama kepada bukan Bumiputera di universiti awam.
“UiTM semakin berkembang sebagai tempat di mana Bumiputera pergi untuk mendapatkan diploma dan ijazah. Tetapi bukan Melayu perlu berebut tempat yang terhad di universiti awam,” katanya.
Lim berkata, sekolah vernakular menerima dana yang kurang daripada sekolah kebangsaan walaupun kerajaan memberikan komitmen.
“Terdapat persepsi awam SJK akan terus didiskriminasi kerajaan dan dilayan seperti anak tiri,” katanya. – 12 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serang-pendidikan-vernakular-jalan-mudah-ahli-politik-jadi-terkenal-kata-pa#sthash.9uGBHPy8.dpuf

0 Komentar untuk " Serang pendidikan vernakular jalan mudah ahli politik jadi terkenal, kata pakar "