Jawapan ‘flip flop’ Ahmad Maslan tidak hormat Parlimen, kata Pakatan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jawapan ‘flip flop’ Ahmad Maslan tidak hormat Parlimen, kata Pakatan

DAP minta tindakan diambil terhadap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kerana mengelirukan Dewan Rakyat, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2014.

Jawapan "flip flop" Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan  dalam isu surat sokongan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung tidak menghormati Parlimen kata Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan Ahmad itu yang pada mulanya tidak menafikan adanya surat sokongan dikeluarkan tetapi kemudiannya mengatakan ia wujud jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

"Ahmad Maslan dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya ada surat sokongan tersebut apabila ditanya.

"Bagaimanapun ketika ditanya media beliau mengakui adanya surat sokongan itu," katanya sambil menunjukkan laporan akhbar The Edge yang menyiarkan mengenai kenyataan Ahmad itu.
Katanya, melihat daripada tindakan Ahmad yang  jelas mengelirukan Dewan, Rafizi menghantar surat kepada speaker untuk merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan Dewan.

"Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker mengenai hal tersebut, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen. – 12 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawapan-flip-flop-ahmad-maslan-tidak-hormat-parlimen-kata-pakatan#sthash.HoejUfj8.dpuf
0 Komentar untuk " Jawapan ‘flip flop’ Ahmad Maslan tidak hormat Parlimen, kata Pakatan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ