CAMERON HIGHLANDS - Selain hujan lebat, sampah sarap turut menjadi antara punca kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam dan Ringlet di sini, Rabu lalu.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada malam kejadian, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan tiga tan sampah sarap dari saluran air di Tasik Ringlet.
Menurutnya, kebanyakan pekebun sayur yang tinggal di kawasan rizab sungai di sini membina bumbung di kawasan kebun mereka dengan menggunakan plastik.
“Apabila berlaku kerosakan pada bumbung plastik, ia akan masuk ke dalam sungai berdekatan lalu dibawa arus sehingga ke Tasik Ringlet.
“Ini menyebabkan aliran jumlah air sungai meningkat dan mengalir keluar sehingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat,” katanya pada sidang media selepas melawat Empangan Sultan Abu Bakar di sini, semalam.
Mahdzir berkata, pihaknya juga bersedia menawarkan kos bagi membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley di satu kawasan baharu yang lebih selamat.
Menurutnya, pihak TNB bersedia untuk berbincang dengan pihak sekolah sekiranya perlu sekolah terbabit dibina di kawasan yang membolehkan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan mampu berulang alik ke sekolah untuk menghantar dan mengambil anak mereka.
“Sekolah tersebut sering terjejas sekiranya berlaku banjir kilat dan kita perlu menjalankan penyelesaian secara holistik dengan cara menyediakan kos bagi membina sekolah tersebut di tempat lain,” katanya.
Beliau berkata, pihak TNB juga melantik kontraktor bagi kerja membersihkan sungai termasuk mengutip sampah sarap dan pengorekan pasir bagi memastikan kelancaran aliran air sungai.
“Pihak TNB menyediakan peruntukan RM40 juta dalam usaha membaik pulih sistem pengairan dan saliran. Kita juga mencadangkan sedikit daripada peruntukan berkenaan disalurkan untuk bantuan infrastruktur,” katanya.
Mahdzir berkata, pihaknya menasihati agensi terlibat memindahkan mangsa yang kebanyakannya tinggal di rizab sungai ke tempat lebih selamat.
“Justeru, antara langkah yang perlu diambil adalah mewujudkan satu pasukan khas melibatkan pihak persekutuan dan negeri bagi mencari solusi sama ada mereka yang tinggal di kawasan rizab sungai ini dipindahkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang,
”katanya.

0 Komentar untuk " Sampah sarap antara punca banjir lumpur "