CAMERON HIGHLANDS - “ Ketika saya sekeluarga kemas rumah tiba-tiba air bah penuh lantai. Kami cepat-cepat keluar dari rumah untuk selamatkan diri,” demikian kata Milatulsamsi Omar, 48, ketika menceritakan banjir kilat yang terjadi di Kampung Baru Ringlet kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurutnya, hujan lebat kira-kira sejam itu menyebabkan rumah penduduk berhampiran tebing sungai kembali terjejas.
“Saya sekeluarga membersihkan rumah sejak pagi namun air separas buku lali naik secara tiba-tiba menyebabkan permukaan rumah yang bersih kembali kotor.
“Bimbang dengan kejadian tidak diingini berlaku saya sekeluarga kembali ke pusat penempatan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet,” katanya di sini, semalam.
Milatulsamsi yang menetap di kawasan berkenaan sejak lebih 12 tahun lalu, berkata, banjir kali ini merupakan yang terburuk pernah berlaku setakat ini.
Meskipun begitu, Milatulsamsi berkata, mereka sekeluarga tiada pilihan selain tinggal di penempatan sementara kuarters Majlis Daerah Cameron Highlands, Kampung Bari Ringlet terbabit.
“Saya hanya bekerja sebagai buruh am Alam Flora untuk menyara kehidupan sekeluarga.
“Justeru, saya harap ada pihak yang sudi tampil memberi penempatan baru kepada kami bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang,” katanya.
Sementara itu, seramai 90 mangsa banjir kilat masih di tempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Ringlet sehingga jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa terdiri daripada 25 buah keluarga dari Kampung Baru Ringlet.
“Daripada 25 buah keluarga terbabit, 46 mangsa berbangsa India, 24 Melayu dan 20 Cina.
“Jumlah mangsa di pusat pemindahan terbabit meningkat kepada 90 mangsa hari ini (semalam) berbanding 73 mangsa semalam (kelmarin),” katanya.

0 Komentar untuk " Air bah datang tiba-tiba, kata penduduk "