Presiden PMUM Fahmi Zainol di luar bilik prosiding tindakan disiplin di Universiti Malaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2014.
Prosiding disiplin terhadap 8 pelajar Universiti Malaya ditangguhkan ke 18 November, kata Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader.
Beliau memberitahu media, panel yang terdiri daripada 3 anggota, diketuai Professor Dr Zanariah Abdullah, mendengar testimoni dari semua 8 pelajar di antara jam 9 hingga 12 tengahari ini.
"Panel mendengar penjelasan 8 yang tertuduh berdasarkan kertas dakwaan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar," katanya membaca satu kenyataan ringkas.
"Sebaik 8 orang ini memberi penjelasan masing-masing, panel kemudiannya bersetuju menangguhkan pendengaran dan menyambung semula Selasa minggu depan," katanya.
Bagaimanapun, 8 pelajar itu termasuk presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol naik marah dengan tindakan panel yang dianggap tidak profesional.
"Prosedur apa yang panel disiplin UM ini amalkan? Pentadbiran universiti mahu dihormati tetapi tidak membuat yang sama terhadap pelajar."
Fahmi memberitahu media, setiap seorang tertuduh ditanya tiga soalan: Sekiranya mereka memahami pertuduhan tersebut, bagaimana mereka mengaku, dan jika mereka ingin pendengaran dilanjutkan atau dipanjangkan.
"Tiga daripada kami berlapan meminta lanjutan tempoh bagi mempersiapkan diri menghadapi pertuduhan yang dikenakan," kata Fahmi.
"Panel berkata, ia hanya akan membuat keputusan sama ada menangguh atau meneruskan perbicaraan setelah mendengar keterangan daripada kesemua 8 tertuduh.
"Tetapi bukannya memberitahu kami secara langsung, sebaliknya ketua panel Zanariah menghantar seorang kakitangan pejabat memberitahu kami yang pendengaran itu ditunda ke minggu depan.
"Inilah paling tidak profesional, tidak adil dan satu penghinaan kepada pelajar. Mereka menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk menjadikan pelajar mangsa."
Fahmi berkata cara prosiding tatatertib itu dijalankan tidak mengikut prosedur termasuk penangguhan ke 18 November itu.
"Prosiding hendaklah biasanya diadakan dalam masa dua atau tiga minggu selepas surat dikeluarkan kepada pelajar.
"Tetapi dalam kes ini, kita kena datang untuk prosiding tatatertib dalam masa seminggu selepas menerima surat. Bagaimana kita nak siapkan diri untuk menjawab tuduhan?"
Semasa prosiding itu menurut Fahmi, 8 pelajar berkenaan diwakili sama ada pensyarah mereka atau pelajar jurusan undang-undang.
Sementara itu Izzad berkata, panel tatatertib memaklumkan keputusan menangguhkan prosiding itu kepada sekretariat UM yang kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada 8 tertuduh.
"Semuanya dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang," Izzad memberitahu pemberita sambil enggan mengulas lanjut.
UM memulakan prosiding tatatertib terhadap Fahmi kerana mengadakan perhimpunan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas.
Dalam surat yang dihantar kepada Fahmi, UM membuat 9 pertuduhan terhadapnya mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Tujuh yang lain turut menerima surat daripada pentadbiran UM tetapi dengan jumlah pertuduhan berbeza.
Mereka ialah Naib Presiden PMUM Haw Yu Hong, Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Khairol Najib Hashim, Exco Perhubungan Awam PMUM Abraham Au, Exco Antarabangsa dan Hal Ehwal Korporat PMUM Adam Fistival Wilfrid, Setiausaha Agung PMUM Syamimi Munirah dan Exco Kebajikan PMUM Khairul Anwar. – 7 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lembaga-disiplin-um-tidak-profesional-kata-fahmi-zainol#sthash.W23Uzhcg.dpuf

0 Komentar untuk " Lembaga disiplin UM tidak profesional, kata Fahmi Zainol "