Jawatankuasa khas bincang tragedi banjir lumpur Cameron Highlands - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jawatankuasa khas bincang tragedi banjir lumpur Cameron Highlands

Jawatankuasa Bencana Khas akan mengadakan mesyuarat mengenai masalah banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands, Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).

Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mesyuarat itu akan membincangkan langkah-langkah yang perlu ditangani bagi mengelak kejadian sedemikian berulang pada masa akan datang.

Kabinet memandang serius akan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan Cameron Highlands," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir lumpur di Lembah Bertam di Cameron Hihglands, hari ini.
Selain itu, Shahidan juga berkata penggunaan racun tumbuhan yang berleluasa tanpa kawalan boleh menyebabkan tanah mudah terhakis.

"Jika ini berterusan tanah di kawasan tinggi boleh runtuh dan penggunaan racun tumbuhan oleh peneroka harus dikawal," katanya.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.

Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. – Bernama, 7 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawatankuasa-khas-bincang-tragedi-banjir-lumpur-cameron-highlands#sthash.iX7vD562.dpuf
0 Komentar untuk " Jawatankuasa khas bincang tragedi banjir lumpur Cameron Highlands "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ