Fahmi pohon 14 hari untuk persiapan hadapi Lembaga Disiplin UM - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fahmi pohon 14 hari untuk persiapan hadapi Lembaga Disiplin UM

Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader bercakap semasa sidang media di luar bilik prosiding tindakan disiplin di Universiti Malaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2014.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol hari ini memohon diberikan masa 14 hari untuk membuat persiapan sebelum pendengaran oleh lembaga disiplin universiti itu.

Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader memberitahu pemberita hari ini bahawa lembaga disiplin mempertimbangkan permohonan Fahmi.

"Fahmi memohon tempoh lanjutan bagi perbicaraan dengan berkata dia perlu 14 hari tambahan untuk mempersiapkan tuntutan terhadapnya," kata Izzad.

Fahmi dan 7 pelajar UM lain menghadap Lembaga Disiplin itu hari ini kerana menganjurkan perhimpunan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.
Fahmi menghadapi 9 tuduhan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Tujuh yang lain juga menerima surat dari pentadbiran UM dengan bilangan pertuduhan yang berbeza.

Mereka ialah Naib Presiden PMUM Haw Yu Hong, Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Khairol Najib Hashim, Exco Perhubungan Awam PMUM Abraham Au, Exco Antarabangsa dan Hal Ehwal Korporat PMUM Adam Fistival Wilfrid, Setiausaha Agung PMUM Syamimi Munirah dan Exco Kebajikan PMUM Khairul Anwar.

Izzad berkata panel tatatertib itu mempertimbangkan permintaan Fahmi kerana mereka juga perlu mendapatkan konsensus 7 pelajar lain.

"Konsensus diperlukan kerana 7 pelajar lain itu juga menghadapi tuduhan yang sama seperti Fahmi," katanya, enggan mengulas lanjut.

Izzad berkata hanya seorang saksi dipanggil memberi keterangan pada prosiding tatatertib pagi ini.

Pendengaran akan disambung semula jam 2.30 petang selepas solat Jumaat, katanya, sambil mengatakan beliau tidak tahu bila ia akan berakhir. – 7 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/fahmi-pohon-14-hari-untuk-persiapan-hadapi-lembaga-disiplin-um#sthash.rhNFeDkO.dpuf
0 Komentar untuk " Fahmi pohon 14 hari untuk persiapan hadapi Lembaga Disiplin UM "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ