Rahsia untuk menjadi kaya - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Rahsia untuk menjadi kaya

BUKU dalam bahasa Inggeris ini adalah edisi yang diterbit semula oleh Golden Books Centre untuk edaran di negara-negara anggota ASEAN. Versi asal telah diterbitkan oleh Sabel & Stone Publishing di London pada 2011.


Segala panduan yang dikongsi bersama pembaca berbeza dengan kebanyakan penulis motivasi lain yang memberikan pelbagai idea yang cukup menarik bagaimana untuk menjadi kaya walaupun mereka sendiri belum mencapai status itu dan berharap hasil penjualan buku berkenaan akan membolehkan impian berkenaan menjadi kenyataan.
Keunikan buku karya penulis yang berasal London ini ialah beliau menulis berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah gagal dalam perniagaan ketika berusia 20-an dan kemudian bangkit semula hingga berjaya menjadi jutawan.

Walaupun asalnya dari keluarga susah dan dibesarkan tanpa kehadiran ibu, beliau tidak berhenti berusaha kerana sedar dalam zaman Internet tanpa sempadan ini, usahawan yang tidak mengeluarkan modal besar dan beroperasi dari rumah pun boleh menjadi jutawan.

Syarikat miliknya, Sanrock Capital LLP kini mempunyai pelaburan dalam bidang hartanah, kewangan, tenaga diperbaharui, pendidikan, penerbitan dan peruncitan di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Segala panduan yang dikongsi bersama pembaca berbeza dengan kebanyakan penulis motivasi lain yang memberikan pelbagai idea yang cukup menarik bagaimana untuk menjadi kaya walaupun mereka sendiri belum mencapai status itu dan berharap hasil penjualan buku berkenaan akan membolehkan impian berkenaan menjadi kenyataan.

Pengerusi syarikat perunding dan latihan, Benson & Company juga telah menemuramah lebih 200 ahli perniagaan berjaya dari UK dan AS bagi mengetahui apakah persamaan yang wujud dalam kalangan mereka hingga boleh meraih kekayaan.

Antara tokoh perniagaan yang telah berkongsi rahsia mereka ialah pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson dan Pengerusi Kumpulan Berkshire Hathaway, Warren Buffet.

Menurut Benson, daripada pemerhatian dan temu ramahnya, beliau mendapati ahli perniagaan yang telah mencapai tahap jutawan dan bilionair pada asalnya tidak pernah meletakkan sasaran untuk menjadi kaya.

Mereka hanya melakukan apa yang diminati seperti Steve Jobs mengasaskan Apple bagi merealisasikan impiannya untuk menghasilkan komputer dan gajet baharu manakala Bill Gates menerusi Microsoft bertujuan memperkenalkan perisian komputer ciptaannya.

Dalam buku berkenaan, beliau menggariskan tujuh hukum yang perlu difahami dan diamalkan oleh setiap individu yang ingin meraih kekayaan.

Pertama, seseorang itu perlu menjadi ketua yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas syarikat dan bukannya boneka kepada orang lain. Dalam erti kata lain, usahawan mesti mempunyai kuasa penuh untuk menentukan masa depan syarikatnya.

Ini bermakna peneraju syarikat awam yang majoriti sahamnya dikuasai pihak lain sudah pasti tidak akan menjadi jutawan dan bilionair.

Kedua, usahawan hendaklah menggariskan secara jelas produk dan perkhidmatan baharu yang ingin ditawarkan berdasarkan bakat dan kemahiran unik yang mereka ada.

Selain sifat sebagai inovator, usahawan boleh menjadi jutawan jika mempunyai sifat-sifat sebagai pemimpin berwawasan (menggunakan bakat orang lain untuk menghasilkan perkhidmatan dan produk baharu), pengumpul (membeli hartanah dan saham pada harga murah, kemudian menjual semula ketika harga tinggi) dan pembuat hubungan (membeli dan menjual syarikat).

Ketiga, usahawan hendaklah menggariskan segala strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh syarikat bagi memastikan sasaran tercapai.

Strategi berkenaan hendaklah tidak terlalu kompleks dan boleh diubah pada bila-bila masa jika berlaku perubahan pada cita rasa pelanggan atau kemunculan pesaing baharu.

Keempat, bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh syarikat. Kerja yang dilakukan hendaklah bersifat produktif dan tidak membiarkan diri disibukkan dengan perkara-perkara tidak penting yang tiada kaitan dengan usaha mencapai sasaran syarikat.

Antara perkara tidak penting itu adalah melayan panggilan telefon, Facebook dan Twitter daripada kawan-kawan bagi memberitahu aktiviti harian mereka seperti sedang makan apa.

Kelima, pastikan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan benar-benar bermanfaat dan memberi nilai kepada pengguna.

Ini bermakna kita hendaklah menawarkan segala apa yang dikehendaki oleh pelanggan sehingga mereka tidak kisah untuk mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapatkannya.

Keenam, bersedia membuat perubahan pada perkhidmatan dan produk bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan atau membeli barangan terbabit.

Pelan perniagaan baharu perlu diperkenalkan bagi menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan atau membeli barangan secara lebih kerap.

Ketujuh, tidak kedekut untuk menderma kekayaan yang dimiliki kepada pihak yang memerlukannya kerana jika seseorang itu bersifat bakhil, beliau akan sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana bimbang hartanya akan habis.

Seseorang itu juga hendaklah mengelak menjadi kaya dengan memeras orang lain atau merosakkan alam sekitar kerana meraih kekayaan dengan cara sedemikian bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/rahsia-untuk-menjadi-kaya-1.21632#sthash.FUCUzJVW.dpuf
0 Komentar untuk " Rahsia untuk menjadi kaya "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ